16.8.2024 - Kami buat sambutan kecil-kecilan sempena birthday along yang ke49.

Lepas makan-makan kami berborak-borak dan abah dapat panggilan daripada adik sepupu ammi kata rumah sebelah ammi terbakar.  Gelabah tak tau nak cakap macam mana.  Nak masuk kereta pun dah lupa macam mana cara.

Sampai di kawasan selekoh berhampiran rumah, kami nampak jentera bomba berada dilorong lain.  Dalam hati macam "ahhh lega bukan rumah kami".  


Tapi kejap tu hati berkata "ehhhh takkan ada kebakaran suasana tenang-tenang je".


Bila pusing ke lorong ammi baru nampak kumpulan manusia bersama jentera bomba satu lagi di tepi rumah yang terbakar yang apinya dah berjaya dipadamkan.

Lorong kami blackout.  Tak pasti memang blackout disebabkan kebakaran atau TNB yang matikan elektrik untuk kerja-kerja berkaitan.

Ammi pun join the crowd, dan kejap tu dengar ada orang TNB (berhelmet, berfacemask) lalu dan cakap "rumah angah takde letrik gak ke?"... ammi macam ehhh macam mana org TNB ni tau aku angah?

Bila dia buka mask baru perasan, ohhhh adik saudara ammi rupanya.  


Inilah keadaan rumah mangsa (aunty India) dan yang ditandakan itulah adik saudara ammi.  Ammi dok ambik gambar rumah tapi taktau orang tu saudara sendiri.  Ahaks.




Katanya, kebakaran berpunca dari ruang tamu.  Aunty ni duduk seorang sebab anak-anak dah kahwin dan duduk rumah lain. Punca tak dapat dipastikan sama ada dari litar pintas atau lampu sembahyang aunty ni.  Ada soksek soksek kata punca dari lampu sembahyang.  Please don't speculate. 

Rumah aunty ni no. 361 rumah ammi no. 365.  Alhamdulillah rumah ammi tak ada apa yang berlaku kecuali blackout tapi memang berdebu teruk juga.

Jiran aunty yang di nombor 362 mengalami sedikit kerosakan tapi jiran 360 agak teruk rekahan di dinding rumah dan bomba pun memang terpaksa siram rumah 360 sekali sebab nak kurangkan bahang dalam rumah.  Dahlah rumah tu baru je direnovate.  Beriya-iya anak aunty India ni minta maaf pada jiran-jiran.  Ehhhhh bukan mak dia main api kat dalam rumah.  Benda dah nak jadi.


Aunty cuma dapat selamatkan bag tangan dan anjing dia yang berada kat luar rumah je.

Kalau tengok keadaan rumah secara live memang dari luar ni boleh terus nampak ke belakang.  Katanya tak ada apa pun dalam rumah yang boleh diselamatkan.  Dan jiran-jiran pun kata api tu marak cepat sangat beserta letupan-letupan.  Apa yang meletup ntahlah.

Begitulah, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.