Rumah jiran terbakar

16.8.2024 - Kami buat sambutan kecil-kecilan sempena birthday along yang ke49.

Lepas makan-makan kami berborak-borak dan abah dapat panggilan daripada adik sepupu ammi kata rumah sebelah ammi terbakar.  Gelabah tak tau nak cakap macam mana.  Nak masuk kereta pun dah lupa macam mana cara.

Sampai di kawasan selekoh berhampiran rumah, kami nampak jentera bomba berada dilorong lain.  Dalam hati macam "ahhh lega bukan rumah kami".  


Tapi kejap tu hati berkata "ehhhh takkan ada kebakaran suasana tenang-tenang je".


Bila pusing ke lorong ammi baru nampak kumpulan manusia bersama jentera bomba satu lagi di tepi rumah yang terbakar yang apinya dah berjaya dipadamkan.

Lorong kami blackout.  Tak pasti memang blackout disebabkan kebakaran atau TNB yang matikan elektrik untuk kerja-kerja berkaitan.

Ammi pun join the crowd, dan kejap tu dengar ada orang TNB (berhelmet, berfacemask) lalu dan cakap "rumah angah takde letrik gak ke?"... ammi macam ehhh macam mana org TNB ni tau aku angah?

Bila dia buka mask baru perasan, ohhhh adik saudara ammi rupanya.  


Inilah keadaan rumah mangsa (aunty India) dan yang ditandakan itulah adik saudara ammi.  Ammi dok ambik gambar rumah tapi taktau orang tu saudara sendiri.  Ahaks.




Katanya, kebakaran berpunca dari ruang tamu.  Aunty ni duduk seorang sebab anak-anak dah kahwin dan duduk rumah lain. Punca tak dapat dipastikan sama ada dari litar pintas atau lampu sembahyang aunty ni.  Ada soksek soksek kata punca dari lampu sembahyang.  Please don't speculate. 

Rumah aunty ni no. 361 rumah ammi no. 365.  Alhamdulillah rumah ammi tak ada apa yang berlaku kecuali blackout tapi memang berdebu teruk juga.

Jiran aunty yang di nombor 362 mengalami sedikit kerosakan tapi jiran 360 agak teruk rekahan di dinding rumah dan bomba pun memang terpaksa siram rumah 360 sekali sebab nak kurangkan bahang dalam rumah.  Dahlah rumah tu baru je direnovate.  Beriya-iya anak aunty India ni minta maaf pada jiran-jiran.  Ehhhhh bukan mak dia main api kat dalam rumah.  Benda dah nak jadi.


Aunty cuma dapat selamatkan bag tangan dan anjing dia yang berada kat luar rumah je.

Kalau tengok keadaan rumah secara live memang dari luar ni boleh terus nampak ke belakang.  Katanya tak ada apa pun dalam rumah yang boleh diselamatkan.  Dan jiran-jiran pun kata api tu marak cepat sangat beserta letupan-letupan.  Apa yang meletup ntahlah.

Begitulah, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

Post a Comment

15 Comments

  1. Allahuakbar! Alhamdulillah rumah Ammi agak berselang jugak jaraknya tu. Semoga semuanya baik² sahaja nanti.

    ReplyDelete
  2. Allah.. kesiannya dgn aunty India tu & jiran2 Ammi yang turut terkena tempias dari kebakaran tu. Semoga dipermudahkan semua urusan dieorang. Rasanya boleh claim insurans rumah ni kalau ada beli / masih bayar loan rumah.

    ReplyDelete
  3. Aduhai..berani aunty tu tinggal sorang- sorang erk...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik rumah ammi tak ada apa2...
    kesian aunty tu..dok sorang2 pula kan..
    nasib baik dia selamatkan diri dlu..

    ReplyDelete
  5. Innalilahiwainnailayhirojiuun. Moga Allah permudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
  6. dekat jugak tu..nasib x de apa2 kecederaan....cuma kerugian barang2 je la...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rumah Ammi selamat.. tp jenuh jgk tu nk membersihkan debu-debu arang. Semoga aunty India n keluarganya bertabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rumah Ammi selamat tapi kesian rumah aunty tu jugak jiran sana. Moga dipermudah kan semua urusan

    ReplyDelete
  9. ya Allah, nervous sungguh MZ baca entry ni...syukur rumah ammi selamat semuanya

    ReplyDelete
  10. Nasib baik bomba cepat bertindak

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rumah Ammi selamat

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan urusan aunty... sy dulu pun pernah jd mangsa kebakaran rumah.. sedih dan trauma bila tgok api sampai skrg...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa..semoga dipermudahkan urusan aunty & jiran2...yg meletup-letup tu minyak (nak jg speculate)..haha..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah sedihnya. Tapi bersyukur juga tak ada korban jiwa. Semoga aunty dan keluarganya diberikan kelapangan hati dan rezeki berlebih untuk mengganti kerusakan2 yg ada.

    ReplyDelete