Ammi bekerja dari rumah hari ni. Dah berhari tak buka blog sebab Allah uji ammi dengan kesihatan.
Kisahnya since Sabtu ammi sakit di bahagian depan perut membawa ke belakang. Dengan peha sampai ke lutut sekali sakit. Perut memang rasa bloated sentiasa. Tapi gigih jugaklah masak lelaju, mandi, makan pastu bentang toto depan tv sebab nak tengok Pearly Tan dan Thinaah beraksi dipentas Olimpik. Ammi makan actifast je nak redakan sakit.
Malam Sabtu tu ammi macam tidur-tidur ayam je sebab sakit. Mengiring salah, telentang salah, meniarap salah. Pagi Ahad sekitar pukul 5 pagi ammi bangun buat air makan biskut pastu makan ubat.
Lauk lunch abah beli je. Lepas lunch ammi memang dah level sakit nangis-nangis dah. Abah ajak gi klinik. Risau appendix je kata abah sebab sakit kat belah kanan. Pergi klinik, doctor tekan-tekan takde tanda menunjukkan appendix. Buat urine test juga nak check kalau ada infection ke apa. Clear juga. Jadi doctor suspect gastric.
Dapat je ubat, tak tunggu lagi. Terus makan.
Itulah sebabnya ammi rasa kenapa Allah tak izinkan ammi bersalin secara normal. Sakit perut sikit pun ko dah level menangis-nangis, kalau sakit nak bersalin macam mana agaknya ammi punya nangis ntahlah.
Isnin pagi ammi rasa macam dah ok, mandi-mandi nak gi kerja sekali ehhhh dia datang balik rasa sakit tu. Ammi sarapan lelaju pastu makan ubat dan sambung tidur. Ada satu ubat tu memang mengantuk benar lepas makan. WhatsApp bos kata ammi tak sihat dan malam tu boss siap whatsapp kata kalau tak sihat tak payah masuk office keesokannya.
Bangun pagi Selasa rasa macam ok, siap-siap gi kerja. Tapi sebelum tu ammi sarapan lite-lite dulu. Dalam bus masa dah nak sampai KL alamakkkk ammi dah start rasa tak selesa. Mencucuk-cucuk tu kembali lagi. Ammi beli sarapan, sampai office makan pastu makan ubat. Haipppp menjadi-jadi pulak ko ye. Lepas makan terus je ammi baring sebab rasa macam nak muntah tapi tak boleh, sendawa tak henti-henti.
Boss datang, dia tengok muka ammi je dia macam "told you no need to come.....". Ammi whatsapp abah, abah kata dia datang jemput ammi. Auwww...tite touching masa ni. Dalam masa nak tunggu abah sampai dari Seremban tu, ammi sempatlah buat translation sikit dalam keadaan menyenget je badan ni. Sebab rasa posisi tu je yg paling selesa. Boss pun kata takyah masuk hari Rabu..rest kat rumah je.
Dan harini ammi rasa ok kot. Dah boleh duduk hadap laptop ni ammi rasa oklah. Jadi keliru pulak dengan perut sendiri. Harap-harap esok dapatlah ammi pergi office.
Sesungguhnya bekerja di office lebih seronok dari buat kerja office di rumah. I don't like.
10 Comments
shafakillah dear ammi
ReplyDeleteAkan rasa kan ammi sama macam adik bongsu akak la..warded kat KPJ x tau apa punca perut dia sakit sama macam Ammi..siap CT Scan, MRI, masuk kamera..memang doc x jumpa apa masalah tapi perut dia sakit..sebiji macam yang ammi explain
ReplyDeleteget well soon...lately rmi tk sihat...kita last week xsihat tp minggu ni still rasa lesu...syok maish ada work from home tp kalo xsihat tu better tkyh la wat keje
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ammi..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuhnya
ReplyDeleteSyafakillah Ammi.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ammi
ReplyDeletekalau czer, bukan lagi seksa ke ammi? ehh..ntah lah..linda tak pernah czer
ReplyDeletemoga cepat sihat semula ammi.. betul tu mmg lebih suka buat kerja di ofis, kat rmh tak best
ReplyDeleteSemoga sekarang dah membaik ya kak Ammi 🤗🤗
ReplyDelete