Tiada tajuk

Khamis lepas ammi tak kerja.  Ammi ada appointment untuk ambil darah (untuk kes darah tinggi ammi).  Memula ingatkan pepagi lepas ambik darah nak masuk office sebab ammi ingatkan sekejap je.  Tapi boss kata takyahlah masuk.

Tapi mujur juga.  Pukul 10.30 baru settle.  Yelah dah nama pun klinik untuk orang awam.  Lepas ambil darah nak la juga makan...kang pitam pulak.

Rupanya bangun pagi air kosong pun tak boleh minum ek.  Ammi tau pun masa nak gi toilet tu ada sorang makcik tu dia dah siap shi-shi kat rumah awal pagi dan masuk toilet sebab nak transfer shishi dia masuk bekas yang klinik bagi.  Katanya "kono puaso minum ni payah bona nak dipakso koncing, yang sudah tu acik sampai pukul seboleh lobih nunggu tak koncing-koncing".  Terus ammi macam "nak ambik darah tak boleh minum air kosong ko pepagi cik?"  "Tak bulehhhhh doooo", kata acik tu.   Terus ammi gulpppp di situ.

Ammi dah baik punya minum air masak lepas bangun.  Ammi ingat puasa makan dan minum air manis je.  Ada banyak effect ke atas result kalau minum air kosong?


Lepas habis ambil darah, ammi makan ubat gastrik dulu then baru sarapan di kedai abang sedara ammi.  Malam sebelumnya masa nak tidur lepas belasah makan beberapa ulas durian ammi rasa perut ammi mencucuk-cucuk.  Sakit wei...sampai ke punggung pun terasa mencucuknya tu.

Masa ambik darah tu kan ammi ni memang taklah tengok jarum tu, rasa pedih-pedih je kat tempat jarum tu.  Pastu rasa macam forever je nak siap sebab kaunter sebelah lagi yang selepas ammi pun dah selesai.  Ammi pun cakap dengan adik lab tu "lama lagi ke dik?"... "Kejap ye puan, darah puan keluar slow sangat ni".

Selesai sarapan balik rumah, keluarkan daging kononnya nak masuk lunch dan kemudian ammi masuk bilik, buka cerita "Hijau Dedaun di Angin Lalu" yang orang lain dah selesai tengok ammi baru hegeh-hegeh nak marathon.  Tau-tau tertidur.  Terasa ngantuk sangat.  Bangun solat zuhur pastu tidur balik.  Ya Allah, teruk nau perangai.  Apa yang ngantuk sangat ntah.  Makan ubat gastrik je pun, bukan ubat tidur.

Dah petang sikit baru terhegeh-hegeh lapar.  Pastu duduk kat sinki terpikir nak masak apa ni? Mula-mula ingat nak masak nasi goreng je letak daging.  


Tapi tukarlah plan...ammi buat black pepper oyster sauce beef.  Resipi ni macam sedap kalau letak shitake mushroom kan.  Tapi cendawan pulak tak ada.  Ammi buat biar berkuah sikit sebab ammi tak reti makan kalau takde kuah.  Ada kuah sikit pun jadilah.


Buatlah telur mata tabur sambal gini.  Telur tu ammi goreng dengan minyak gorengan sambal.  Bila terbanjir minyak masa ko masak sambal, ko toslah minyak tu dan simpan dan sedap weiii buat goreng telur.  Dan itu bukan sambal hitam guys.  Ammi masa tumbuk bawang cili bagai terlebih belacan.  Pastu masa menumis tergaring sangat.  Mujur tak ada rasa hangit.

Pastu motif sangat semua telur kuning tu taknak duduk kat tengah.  Semua berlari-lari ketepian dah kenapa?

Psstt..ammi perasan banyak stray cats yang biasa kat belakang rumah dah tak ada.  Macam banyak muka-muka baru pulak.  Mana yang lelama tu pergi?  Kucing pun pandai berhijrah ke?

Post a Comment

6 Comments

  1. kucing geng abang long dh mai tuu ammi., hehe

    ReplyDelete
  2. Isteri saya juga selalu appointment untuk check darah ini..memamg puasa juga sehingga tak makan dan minum seperti puasa Ramadan

    ReplyDelete
  3. Apo lak x buleh minum air masak cik....buleeehhhhhhh...doc sey kobaan buleh cumo bukan air maneh...air masak turn to urine yang x mendatangkan masalah....

    ReplyDelete
  4. hahahah telur kuning berlari ke tepian! lawak la ammi ;)

    ReplyDelete
  5. setahu aku pun..boleh je minum air putih..jgn air color2 dah la...emm...musykil plak aku.
    rajin nya ko masak2..

    ReplyDelete
  6. Semoga hasil darah bagus ya kak

    Kalo saya nak medcheck, selalunya air putih tak apa. Kemarin pas papa medcheck di Penang , adik saya yg dokter ikut juga. Dan dia tak melarang papa untuk minum.

    Mungkin khusus checking penyakit tertentu yg tak boleh samasekali.

    ReplyDelete