Hari Sabtu hari ammi memasak.  Isnin sampai Jumaat biasanya dapur milik encik suami.  Weekend ammilah pulak take turn memasak.  Kalau suami terus memasak dihujung minggu dikhuatiri saya bakal digelar isteri queen control.  Tak pun saya bakalan lupa bagaimana untuk menghidupkan dapur gas.  Over tak?

Jadi biasanya hujung minggu ammi akan kupas bawang sesiap, blend cili, buang tangkai cili padi, basuh, siang cuci segala ikan dan ayam, supaya kerja encik suami mudah dan yang penting tak berkecah dapur saya.  Ahaksss...supaya tidak berkecah, itu yang penting.  Semak wei tengok tetiba kat atas pintu kabinet dapur ada darah ikan.  

Hujung minggu ni ammi paksa si bujang kecik ni tolong kupas bawang.  Ammi rendam sesiap supaya mudah untuk dia kupas.


Satu jam jugalah dia kupas sebab mata tak lepas dari pandang phone.  Dia ada chance main phone hari Sabtu dan Ahad je.  Baru je nak start main game, ammi dah panggil pulakkkkk.  


Tanya dia kenapa bahagian atas bawang tu tak dibuang.  Jawapan dia "itu topi.  Bawang duduk dalam peti ais kalau tak pakai topi nanti dia sejuk".

Si kecik ni boleh tahan tau loyar buruk dia.  Sakittttt je hati bercakap dengan dia kadang-kadang.