Boleh tahan lama ammi tak join GA. Bila last ntah, malas pulak nak check.
Kali ni ammi join GA dari Faezah ni pulaklah. GA ni terbuka sehingga 20 September 2024. Sempat lagi nak join ni guys.
Syarat penyertaannya mudah je dan alhamdulillah semuanya DONE dan salah satu syaratnya perlu tuliskan satu je tajut K-Drama yang inspired me a lot.
Hmmm. Banyak juga ammi tonton drama Korea ni tapi kebanyakannya agak cliche je plot cerita. Tapi rasanya hmmm Move to Heaven la yang paling berkesan. Ammi tengok sambil nangis sebek-sebek. Tak ada tisu, kain tudung pun jadilah buat lap air mata dalam bus.
Drama mengisahkan Han Geu-Ru seorang anak berusia 20 tahun yang menghidap penyakit Asperger syndrome. Dialah hero utama cerita. Menyambung legacy yang ditinggalkan bapanya sebagai 'pembersih trauma'.
Dia yang akan bersihkan rumah dan barangan simati sebab keluarga si mati tak nak ambil tahu. Biasalah "you are our family only if you have money". Jadi kat sinilah kita nampak macam mana seorang ibu sanggup bersusah payah demi anak tapi si anak hanya pentingkan duit, duit dan duit dan si siibu diabaikan.
Ada 10 episod dalam siri ni dan ammi rasa kesemua episod bagi ammi satu "emotional roller coaster ride". Pendek cerita ada pelbagai emosi, yang happy, empati, menyayat hati, rasa cinta, rasa tanggungjawab.
Semoga anak-anak kelak jadi anak yang soleh dan solehah yang boleh sedekah doa buat kita bila kita dah tak ada. Semoga kita juga mampu beri yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.
8 Comments
Uish....cita ni boleh kata tetiap ep aku nangis 😭 memang bestt 👍
ReplyDeleteall the best ammi!
ReplyDeleteselamat maju jaya. Malangnya abe kie x suka K-drama...jd x buleh join la ni...
ReplyDeleteKalau faezah ni buat GA hadiah dia mg best... all the best ammi... mcm lama pulak x follow kdrama ni
ReplyDeleteAll the best Ammi
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Ammi nanti. Cerita ni tak pernah layan lagi. Sekarang tengah marathon sweet home. Baru habis season 1.
ReplyDeleteall the best! ada ms nnt sy join😀
ReplyDeleteSalah satu Drakor terbaik lah. Saya pun sukaaa sangat dengan drama ini ❤️❤️❤️
ReplyDelete