Ini kisah throwback Khamis lepas.

Hari Khamis lepas (29/8/2024) ammi offday.  Cadangan awal ammi nak ambil 1/2 day.  Dalam pukul 12 keluar office sebab pukul 3 petang ammi ada appointment untuk kes darah tinggi ammi di Klinik Kesihatan si Seremban.  Tapi boss kata off je terus.  Macam buat penat je datang kerja dari jauh pastu keje 3 jam je.  Buat habis duit transport pun ye juga.

Jadi pagi Khamis tu ammi kemas-kemas rumah apa yang patut.  Pukul 10 terus je ajak abah keluar.  Ammi nak mencari kasut.  Abah macam "kita gi Nilai je lah".  


Pakcik ni ginilah.  Sejenis suka jalan menonong di hadapan.  Ini bukan sebab kami dah berkahwin 20 tahun, tapi inilah dia sejak kami bercinta.  Jadi kalau tiba-tiba bini tersesat masuk kedai lain kat belakang pandai-pandailah tunggu didepan sana.  Sapa suruh menonong.

Kasut jenis yang ammi suka tak ada.  


Ammi sejenis suka pakai kasut yg ada bukaan di hadapan camni.  Dari dulu lagi ginilah pesen ammi.  Tapi yang ada front opening camni belah belakang pun terbuka juga...itu bukanlah kasut namanya.  Itu sandal.

Dah selesai membeli kita pusinglah meronda dalam AEON Nilai.  Nak beli kopi tapi macam ahh takyahlah jap lagi nak lunch.  


Beli sushi untuk kudap-kudap sementara nak sampai tempat nak lunch tu.  Dah sampai kat tempat lunch favourite kat Labu, ehhh tak teringat langsung nak ambik gambar.

Makanlah kami sambil menonton acara mengait rambutan.  Kat tempat ammi parking kereta tu merah-merah ceri kat pokok tu.  Gerammmm je tapi malu pulak nak minta dari tuan kedai.