Breakfast ringan-ringan sebelum appointment

Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sekolah.  Kyra Alhamdulillah dah selamat dijemput oleh abahnya semalam.  Biasanya dia balik sendiri naik ETS tapi semalam ada sessi 3 penjuru selepas habis peperiksaan setengah tahun.

Walaupun hari ni hari terakhir, Ozil terpaksa bercuti sebab ada appointment di KK untuk buka jahitan lanjutan dari insiden dagu terkoyak minggu lepas. 

Sebelum keluar tu ammi prepare jelah breakfast simple-simple dirumah.  


Alamak hangitlah pulak kuih bom tu.  

Kuih tu makcik ammi yang buat, dah lama dah ammi beli dari dia tapi baru ni nak goreng habiskan bakinya.

Petang ni Khilfi pulak balik.  Ammi belum decide nak teman abah jemput Khilfi di Melaka atau tak.  Plan asal nak bagi dia balik naik bus, tapi bila check jadual bus, ehhhh bus yang biasa dia naik tu tak ada pulak dalam sistem.  Dah full mungkin.  Jadi terpaksalah abah yang jemput.  Next bus available pukul 5.30 petang.  Huhuhu...tak berani ammi nak bagi anak ni bersidai lama di terminal bus dengan keadaan keselamatan sekarang ni yang sangat tak menyakinkan.

Kalau bus yang biasa dia naik tu, timing dia cun-cun je dengan bus dari sekolah ke Terminal.  Kira tak sempat pun budak-budak ni nak merayap.  Memang turun dari bus mozac kena terus berlari cari bus balik Seremban.

Post a Comment

11 Comments

  1. Meriahlah rumah ammi cuti sek ni..semua berkumpul tu

    ReplyDelete
  2. Wah seronoknya...seminggu ni complete la family Ammi erk...akak jer x complete...Dania ada program Uni dia sampai 16hb

    ReplyDelete
  3. tak sabar juga ni nak tunggu anakdara sorang tu balik...

    ReplyDelete
  4. cuti sekolah, cuti mid sem for Ian jugak....minggu depan jalan clear la kannn

    ReplyDelete
  5. lama tk mkn kuih bom ..dlu2 mak kita buat frozen jual sbb inti kacang merah jrg org jual...biasa org jual inti kelapa tk suka

    ReplyDelete
  6. Arini tengok parking kat opis dah lenggang ramai yang dah cuti awal rasanya.

    ReplyDelete
  7. Ohh dah cuti sekolah ye. Meriah lah rumah bila semua balik. Ozil pun ada geng lah dia.

    ReplyDelete
  8. setakat ni cuma anak no 2 je yg belajar di luar rumah. Tp tu pun cuma 50km dari rumah. Tiap2 weekend mmg dia balik.

    ReplyDelete
  9. bising laa ya rumah minggu ni... 😀

    ReplyDelete
  10. Waaah ramai anak2 balik cuti ya kak Ammi. Lama kah liburnya? Di sini anak long holiday bulan june-july. Krn itu saya paling sering ke Malaysia di bulan2 itu 😄.

    ReplyDelete