Hari Jumaat lepas (30.8.2024) ammi kena bekerja sebab minggu ni minggu padat untuk boss ammi di mahkamah.  Ada perbicaraan jadi banyaklah perlu dibuat.

Hari Jumaat tu juga ada 2 orang anakbuah ammi di Melaka akan bernikah di awal pagi.  Tak dapatlah mandaknya ni turut serta menghebohkan majlis.  Jadi abah je pergi pagi tu lepas hantar Ozil ke sekolah.  Ammi ni beriya hantar kat whatsapp kelas kata Ozil cuti.  Lepas tu cikgu dia balas "Khalif ada hadir hari ini Puan".  Ahaksss.  Abah hantar anak ke sekolah rupanya.  Awatlah tak habaq kat isteri dia ni.  Malu tau kita.

Selesai pernikahan abah balik ke Seremban semula nak jemput anak balik sekolah.  Pastu nak tunggu isteri dia ni balik kerja pulak nak shoot sesama ke Melaka.


Alhamdulillah, Siti (adik ipar ammi) dapat 2 menantu sekali gus.  Dah 3 menantunya.  Tahniah iti.  7 more to go Siti.  Chaiyokkkk.

Belah malam salah sorang pengantin buat majlis bersanding dulu.  Buat kecil-kecilan je sebab pasangan ni dah pun pernah berkahwin dulu.  Suami anak buah ammi meninggal 3-4 tahun lepas ntah sebab accident motor.  Anak dorang pun masa tu masih belum boleh merangkak lagi.  


Tahniah Olin.  Semoga perkahwinan kali ini sampai ke hari tua.  Olin ni anak ke 2 dari 10 beradik.


Semoga Olin dan Iqmal sepakat bina rumahtangga ni.  Sentiasa bertolak ansur, jangan ikut marah dalam hati, tenang-tenang je.  


Yeayyyyy...akhirnya Sara dapat papa baru.  Kesian anak ni, tak sempat kenal ayah sendiri.  Mujur juga family arwah ayah dia masih ada hubungan baik dengan anak buah ammi dan Sara.  Sara ni pun banyak keluarga arwah ayahnya yang jaga waktu mama dia kerja.

Punyalah ramai tetamu malam tu, sampai anak-anak buah ammi gi beli mee dan goreng.  Nasib baik dorang pandai bertindak.