Masa makan kat Melaka haritu, kitorang duduk bawah lampu dan terserlah bulu tangan si Ozil yang warna perang ni. Masa baby dulu lagi ketara perang rambut dan bulu-bulu badan sebab masa tu kulit dia putih merah-merah gitu. Ni dah besar mujur rambut dah kembali ke warna hitam tapi bulu tangan tetap perang.
Orang tua selalu berkata, masa mengandung jangan menyampah sangat dengan orang. Nanti berkenan.
Ammi masa pregnantkan Ozil dulu, ammi tak menyampah dengan orang rambut perang. Masa pregnantkan Khilfi ye. Ammi tak boleh langsung tengok orang rambut perang. Kalau orang tu memang rambut asalnya warna perang (macam orang putih tu lainlah), tapi kalau ni orang Melayu, orang India tetiba gatal nak perangkan rambut.
Eiiiiii geli betul. Memang confirm ammi akan mual dan berlari masuk toilet. Nasib baik rambut perang tu tak melekat kat Khilfi. Kalau tak huhuhu...buruk nau rupa, muka gelap rambut perang.
Ozil ni ammi suspect ammi terkenan dengan budak kat kedai Malabar bawah rumah. Kedai bawah rumah ni pekerja dia memang bertukar-tukar tiap 6 bulan rasanya. Agaknya sebab visa ke apantahlah.
Pastu waktu ammi pregnant tu yang bekerja tu ada sorang anak muda yang baru sampai. Tapi dia punya handsome tu, tak boleh dibawak bincang. Sejenis malbari yang putih melepak, hidung mancung, mata warna grey hijau.
Tiap pagi memang ammi akan singgah kedai, beli roti Kyra & Khilfi dan kudap-kudap sementera ammi nak sampai office.
Tapi rutin harian tu jadi macam "memang kena pergi sebab nak tengok budak tu je". Kalau tak pergi rasa macam .... eh tak sempurna hariku gitu. "Ini bili kakak, ini banyak sedap. Nanti baby kuat". Dia sibuk suruh ammi beli biskut oat yang baru nak up masa tu.
9 Comments
Jangan risau Ammi, kitaorang adik beradik macam tu...yang putih masa lahir/kecik tu start sekolah memang coklat, tapi habis jek sekolah elok cerah je hehe....
ReplyDeleteeh ye la..Ozil putih masa baby....
ReplyDeleteBoleh jadi hero filem bila besar nanti ni
ReplyDeleteBoleh pulak bulu tangan tu je yang perang ya..
ReplyDeleteSelagi ada warna perang, memang lekatlah cerita budak kedai Malabar tu 😄
Mana tahu ammi ada susur galur dari negara lain ke.....
ReplyDeleteAnak jiran sy rambut mmg perang mcm rambut omputih... 2/4 adik beradiknya berambut perang.. sampai selalu cikgu panggil sebab cikgu fikir dia warnakan rambut.. haha... kelakar pulak cerita ammi "kalau x tgk sehari tu x lengkap hidup" gitu
ReplyDeleteItulah keistimewaan seorang yang bernama Ozil. Unik! Ada kisah disebaliknya. Dah besar ni coklat sebab banyak aktiviti sekolah di luar especially sukan kan.
ReplyDeletenak tgk dah remaja nnt masih kekal perang atau sblk nya😀
ReplyDeleteSkr ni ada alat utk cek DNA dan garis keturunan ke belakang. Coba kakak cek juga, ntah2 memang ada keturunan dari negara putih walo persentase tak sebanyak yg asia. Teman saya pakai, dan dia ternyata ada keturunan dari ras mongoloid 😄😄.
ReplyDelete