Apa itu DRT?

Demand Responsive-Transit - satu jenis perkhidmatan yang berkonsepkan atas permintaan dengan menggunakan van sebagai mod pengangkutan.  DRT ini dikendalikan oleh MyRapid.

Berapa Bayaran?

Cuma RM1 bagi setiap perjalanan dan boleh dibayar menggunakan mod berikut:

  • My50
  • Touch 'n Go
  • OKU Smile
  • Kad Konsesi MyRapid
  • Pass MyCity 1 Hari & 3 Hari
  • Pass Famili

Cara Menempah Perkhidmatan DRT

  • Muat turun aplikasi berkaitan
  • Buat tempahan
  • Pilih lokasi naik dan turun
  • Sahkan tempahan
  • Tunggu dilokasi tempahan
  • Bayar tambang yang dikenakan


Untuk kali pertama setelah memuat turun apps berkaitan, macam di kawasan ammi, guna apps MOBI.  Ada kawasan yang perlu download apps Kumpool, Trek Rides.  



Jadi ammi kongsi pengalaman ammi cuba buat tempahan menggunakan apps Mobi.  Selepas download apps Mobi macam biasa perlulah register dulu, verify dan sekian, sekian.  Then only baru boleh mulakan dengan tempahan.




Nampak logo M tu, tekan pada logo tu dan akan keluar dibawah lokasi pick up.  Macam ammi berada di MRT Phileo Damansara jadi itulah lokasi pick upnya.





Bila dah dapat lokasi pick up kita fill up lokasi drop off, kalau termasuk dalam laluan dia oklah dia akan hantar.  Kalau tak dia  cakap "sorry" je.



Next page, kita akan dibawa ke sini pula.  Boleh letak jumlah passenger dan boleh click NEXT.  Dia tulis pay cash tapi bukan wang tunai ye.  Bayaran adalah menggunakan mod bayaran yang ammi dah senaraikan kat atas tu.  



Next kita di bawa ke page ini pula, once dah rasa betul pick up and drop off location tu bolehlah tekan button BOOK kat bawah tu.


Bila dah tekan book dia akan cuba assign van untuk kita.  Tunggu jelah.  Ada masa dapat terus, ada masa dia sidai kita sekejap.


Contohnya macam ni.  Heavy demand katanya.  Yelah mana tak heavy, bus yang sepatutnya ada pukul 8.15, 8.30 pagi tapi tak nampak bayang pun.  Bila ada perkhidmatan macam ni berlumbalah orang nak guna sebab murah.  Kalau guna e-hailing dah confirm RM10 tak lari.

Kalau nak cuba lagi, tekan je RETRY button tu.


Yeay dapat dah van.  Macam kita order e-hailing yang lain, akan ada nombor kenderaan tu juga disediakan.  Jadi kita hanya boleh naik van yang dah diassign untuk kita.  Masa nak naik tu pun driver akan tanya nama kita sebab dia dah ada senarai nama passenger.



Pastu kena tengok juga pick-up time.  Walaupun van tu dah ada didepan mata, tapi pick up time tu bukan pick time ko, ko tetap tak boleh naik.  Sebab dalam list dia dah ada nama orang lain.

Jadi kebiasaannya pick time ni akan berubah disebabkan "traffic".  

Masa ammi dapat tempahan ni jam sekitar 8.35 pagi.  Kiranya ammi perlu tunggu lagi 30 minit baru dapat naik.  Kalau korang ok untuk tunggu, silalah tunggu, kalau ada urusan urgent silalah batalkan tempahan dan proceedlah untuk buat tempahan e-hailing atau yang lain-lain.

Dalam kes ammi pagi tadi, ammi kononnya nak tunggu je sebab tak ada rushing pun.  Tup-tup pukul 8.50 camtu ehhhh ada bus muncul.  Maka saya naiklah bus dan saya pun cancellah tempahan tadi.



Nampak di atas tadi pick up  time adalah 9.03 pagi...tp sekarang dah jadi 9.06 pagi.  Dan from time to time estimate pick up time tu akan berubah mengikut keadaan traffic.

Overall dengan adanya DRT ni membantulah juga tapi proses nak menempah tu boleh tahan juga lamanya.  Masih belum smooth lagi.  Mungkin sebab masih baru.

Orang-orang di Lembah Klang ada yang dah pernah mencuba?