Hari Khamis abah masak lagi.  Kebiasaanya memang masak tapi ammi ni je malas nak snap.  Macam tak appreciate effort suami sendiri masak je kan.  

Mulai sekarang, ammi cuba capture setiap kali dia masak.  Sis cuba.


Dengan belanga pun abah bawak naik atas meja.  

Abah masak sotong masak lomak cili api, ada telur dadar bawang dan entahlah, baby romaine lettuce ke, butterhead ke yang dimasak bersama garlic dan oyster sauce.  Mementang ammi ada sebotol garlic oil yang siap ada garlic chunk dalam tu.  Wahhhh hari-hari sayur dia belasah letak garlic ni.

Alhamdulillah, simple tapi kenyang.  

Camna saya nak kurus ni ba?