Malang tidak berbau.
Awal pagi masa ammi hantar anak bujang ni keluar rumah untuk kesekolah, he was so happy. Yelah hari Jumaat masa pendek, pastu hari Jumaat ada PJ. Siap cakap "harini Alip nak bawak air sejuk sebab PJ". Bawaklah.
Lepas dia ke sekolah, ammi sambung habiskan sarapan dan mula pegang batang penyapu dan feather duster. Dalam pukul 8.20 pagi ammi dapat call dari cikgu sekolah. Suruh datang jemput dia disekolah sebab ada berlaku kemalangan kecil.
Ammi pun lelaju call abah suruh gi jemput anak dari sekolah dan ammi pun teruslah siapkan apa yang patut sebelum mandi.
Ammi keluar dari bilik air tengok dia dah sampai dan dah baring dalam bilik.
Gitu plaster rawatan kecemasannya ye. Cikgu siap suapkan dia biskut coklat sebab takut dia pitam. Baju pun bertukar. Pergi pakai baju kuning, balik baju warna purple. Sebab baju dia penuh darah.
Dah ammi pun siap lelaju...jom ke klinik. Ke klinik bawah kawasan rumah ni je.
Mintak izin doktor nak ambil gambar pastu doctor macam "ala Puannnnn jauh sangat tu, dekatlah sikit baru nampak".
Alamak doctor, Puan ni rasa nak pitam pulak tengok dedekat.
"Macam ni lah Puan, Puan nak saya jahitkan disini atau Puan nak ke KK je? Kalau buat kat klinik ni harga jahitan termasuk ubatan semua dalam RM150.00. Kalau datang malam memang saya tak bagi option pergi KK lah tapi ni masih pagi lebih jimat ke KK".
"Kalau nak ke KK, saya tukar balutan ni sekejap. Biar rapi", kata doctor tu. Ehhhh kenapa baik sangat doktor kat Klinik Medina, Taman Desa Manggis. Masa bawak kakak ke sini haritu pun doctornya baik sangat-sangat.
Jadi jomlah ke KK je. Bumbung KK tu memang nampak je dari klinik ni. Tak ramai orang pun di KK Sikamat ni pagi Jumaat.
Jumpa doctor, doctor suruh masuk bilik jahitan. Ammi masuk bilik jahitan hantar dia, MA (kalau kat kampung dulu panggil Dressar) tu suruh Ozil baring atas katil. Mata Ozil dah berair-air. Muka pun dah cembeng-cembeng pandang ammi. MA tu kata "Puan ada bawa surat consent doctor ke?"... takde ammi kata. Doktor kata doktor nak datang ke sini.
Sambil kenyit mata untuk berkomplot MA tu kata "Puan ambil surat consent dulu deh"..
Masuk semula ke bilik bersama surat consent, tadaaaaa dah siap dijahit.
MA tu kata "biasa kalau mok ayoh doh setuju saya jahit ja. Anok biasanya ginilah bila ada mok ayoh dia jadi manja. Tu yang saya suruh Puan ambil sendiri surat consent. Kalau tidak tak jadi kijo ni Puan". Confirm ore Kelate abe MA ni.
Abang tu siap cakap kat Ozil "abe dulu jatuh basikal pecah gini gok, tapi handsome je abe dah besar". Hahhaha
Sangat pantas. Ammi sampai klinik dalam jam 9.40 pagi. Pukul 10.03 minit pagi ammi dah ambil nombor di farmasi. Ok memang jimat. Cuma bayar RM1 je.
Balik je dari KK, dia terus masuk bilik, berselimut sampai ke dada dan baca buku cerita. Nyenyak betul tidur. Sampai ke pukul 2 pun tak bangun lagi. Ammi kejutlah juga nak suruh dia dia makan dan solat.
So, insiden ni berlaku dalam kelas. Ada 3 orang pelajar lain yang turut terlibat dan salah sorangnya (anak salah sorang cikgu dalam sekolah) slide kaki dia. Budak tu dari haritu lagi Ozil kata macam sejenis yang agak kasar dan suka ejek orang. Masa kat bilik HEM, Ozil kata "Alip taknak maafkan dia, tapi cikgu HEM kata "maafkanlah kawan". Jadi Alip terpaksa maafkan dia". Masuk kelas nanti Alip taknak dah kawan dengan dia. Bercakap sambil menitik airmata.
Ini bukan kes buli, cuma budak bertiga ni memang jenis berpelakuan kasar.
Yang agak ammi terkilan, none of the parents walaupun cikgu yang anak dia terlibat call me. Belajarlah untuk beradab wahai ibu ayah sekalian!!
Hanya cikgu kelas dia yang call ammi bertanya khabar Ozil.
17 Comments
Allahuakbar gerunnya tengok luka ozil...kuatnya ammi kau Nak..kalau acik tak boleh nak tengok luka berlubang macam tu..
ReplyDeletebudak2 skrg ni perangai kasar tu buat rasa menyirap darah kita,memang dapat dari makpak dia dirumah la tu ,anak2 ni cerminan ibubapa
Alahaiii , dalam juga si Alipp tu ..siap berjahit lagi ..allahu ..
ReplyDeleteFuhh.. Dalam jugak luka nya...
ReplyDeleteAllahuakbar ngeri pulak tenguk budak zaman sekarang. Sebab tu kadang anak tidak beradap sebab mak bapak pun sama. At least kalau mak bapa bertanya khabar dan minta maaf rasa kureng sikit rasa marah. Semuga Allah sentiasa lindungi ozil di mana jua berada. Besor nanti jadi hensem boy macam abang dresser kata.
ReplyDeleteaduhai....dh bertambah plak gerhana scar cinta kat wajah dia ha...dalam tu luka dia tu...
ReplyDeleteAllahu... aku pun seriau tgk ek... adoi la.. x pe hero kan... but a little up sad la parents kengkawan tu, main sama2...
ReplyDeletebagus nya klinik tu siap suggest gi KK kan... banyak jimat nya
semoga cepat sembuh yer
Allah.. tadi kisah Imran anak Mim, ni Ozil pulak, kesiannnya korang.. semoga ibu2 bertabah. Semoga cepat bercantum luka Ozil tu, besar koyaknya. Tapi, kita pelik, luka besar macam tu memang sekolah tak hantar hospital terus ya?
ReplyDeletekesiannya ur son..memang ada budak2 jenis yg sgt nakal so jadik cedera org lain yg tak nakal tu...masa kena jahit tu, doktor bius tak? nampak sakit laaa luka tu
ReplyDeleteseriaunya tgk luka tu.. sakit tu. Ammi tak jumpa cikgu ke. Kena minta penjelasan dan permohonan maaf dari ibu bapa.
ReplyDeleteAllah... dalam luka , semoga tiada yang serius hendaknya, aamiin
ReplyDeleteSemoga Ozil cepat sembuhnya.
ReplyDeletePihak sekolah kena amek tindakan supaya peristiwa seperti ini tidak berulang
Bagusnya doktor di Klinik Medina tu. Siap bagi option lagi.
ReplyDeleteSeronoklah kalau KK tak begitu ramai orang, jadi Ozil dapat rawatan dengan segera.
Kadang-kadang orang terpaksa ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan yang segera berbanding ke KK.
Allhuakbar, seram tengok luka dalam macam tu. Bagusnya doktor tu, baik dan memahami. Semoga cepat baik lukanya.
ReplyDeleteMacamana boleh sampai terkoyak dagu tu? Seram pulak nengok 😱. Semoga Ozil cepat sembuh.
ReplyDeleteTeringat masa darjah 2 dulu saya pun cenggini time kat sekolah main kejar2 lepas tu kena tolak kawan badan besar kena kat bucu meja kantin yg besi tu. Koyak kening, habis bercucuran darah dekat baju pinafore masa tu. Cikgu terus bawak pergi ke klinik utk jahit. Masa tu takde nya nak tunggu parents datang dulu, cikgu sendiri je bawak ke klinik.
adoi sakitnya tu... kalau mama yan boleh hadap lagi, tapi kalau ayahnya, teman anak khatan, dia yang pucat nak tumbang.
ReplyDeleteSaya saat lihat lukanya, langsung macam lemas. Memang tak kuat lihat darah begini 😔.
ReplyDeleteKenapalah kasar sangat anak yg slide kaki Ozil ini yaa. Dan betul tuh kak, harusnya parents yg melakukan ini call kak Ammi. Kalo macam tuh kelakuan parent, tak heran lihat anaknya kasar .
Macam dalam juga lukanya tu. Bab ibu yang tak call balik ammi tu mereka dah diberitahu oleh pihak sekolah tak?. Sepatutnya call la kan say sorry ke apa ke, tanya khabar ke....ni diam seribu bahasa ya....zaman sekarang ni kurang betul adab ya....
ReplyDelete