Balik dari lunch dan berhungga di AEON Nilai, sampai rumah, solat dulu then keluar balik ke KK. Naik motor je walaupun matahari baik punya memancar atas kepala.  Ammi duduk belakang elok je katup mata, abah kat depan tu pandai-pandailah bukak mata.  Sapa suruh beriya ajak naik motor.  Mujur jarak rumah dan klinik cuma 3-4 minit.


Rentetan dari ambil darah haritu, walaupun ammi TERminum air lepas bangun tak ada pun yang memudaratkan.  Doctor kata semua bacaan adalah bagus.  Hati, buah pinggang, kencing.  Yang tak cantik kolestrol.  Bacaan ni pun selepas ammi melantak 4 ulas durian dimalam sebelumnya.


Bacaan kolestrol 29/8/2024
Kolestrol keseluruhan:  5.9 (sepatutnya tak boleh melebihi 5.2)
LDL (Kolestrol jahat):  3.7 (sepatutnya tak boleh melebihi 3.0)

Doctor belum bercadang nak bagi ubat untuk kolestrol.  Katanya cuba kawal pemakanan dulu, tapi rasanya bacaan masa ammi buat blood test hujung 2023 lebih tinggi.  Masa tu dalam 6.1 kot.  Dan doctor tu pun suruh ammi kawal sendiri.  

Ammi pun cakaplah dengan doctor tentang gastrik ammi yang dah hampir nak sebulan ni. Dan dia pun prescribe ammi dengan ubat dan katanya kalau dalam masa sebulan tak baik juga silalah datang semula untuk siasatan lanjut di hospital.  Menurut doctor, hospital hanya anggap sesuatu penyakit tu sebagai kronik bila sakit adalah berterusan pada skala yang lebih kurang sama untuk 3 bulan berturut-turut.


Ammi punya bacaan darah tinggi pun normal je.  113/70 kalau tak silap.  Tapi doctor kata sambung je lagi ubat untuk 6 bulan.  Next appointment 6 bulan akan datang kita tengok camna.

Ammi pun taktau apa punca tekanan darah tinggi ammi naik tiba-tiba last year.  Naik yang bukan sikit-sikit ye.  Ada reading yang cecah 140/120++.  Terkejut juga doctor masa tu.

Semoga gastrik ni berlalu pergi.  Kadang-kadang terasa macam "ahh gastrikkah ini?" sebab bila duduk lelama terasa sakit macam bertindih di bahagian kanan bawah perut.  Bila doctor tekan-tekan tak ada pulak sakit.  Yang sakit dia bahagian ulu hati tu.