Hari Jumaat sepatutnya plan ammi adalah lepas je abah balik dari solat Jumaat, kita lunch di luar dan kami nak ke ST Rosyam Mart yang baru di buka di Senawang. Kalau pergi weekend confirm pack, yelah benda barukan.
Sekali malang tidak berbau, kita tukarlah plan. Budak yang sakit pun kita cutikan dia solat Jumaat. Pukul 12 baru ammi start masak bubur. Nak tunggu ayam tu lembut pun lama jugakan.
Masaklah bubur untuk orang sakit dan orang tak sakit pun tumpang sekali. Ammi masak guna sepeket nasi impit yang size besar tu pastu masak je dalam pressure cooker. Dalam 20 minit dah siap.
Ammi letak juga ayam dalam bubur tu barulah ada rasa bubur ayam. Goreng 3 ketul ayam bahagian thigh tapi bila dah hidang macam ehhhh nampak sikit je. Jadi nak bagi nampak banyak, ammi penyekkan ayam tu dan potong. Ahakss. Yang sakit ni makan bubur pun sakit katanya. Makan pakai sudu teh je sebab tak boleh nak buka mulut besar katanya.
Selesai makan semua, ammi tengok ehhhh Ozil tidur balik. Dia solat zohor ke tidak entahlah, nak kejut macam kesian, lagipun dia dikira mumayyiz kan? Rasa macam takde pulak abe MA tu cakap dia letak ubat ke apa. Tapi apa yang ngantuk sangat budak ni. Ammi on laptop buat kerja office sikit.
Lepas Asar baru kami gerak ke ST Rosyam Mart. Dapatlah ammi buat membership dan orang dalam pasaraya tu pun tak begitu ramai. Yelah hari bekerja kot kan.
Suami siapa ni? Teruja betul dia tengok ikan talapia gemuk-gemuk dalam kolam tu. Pastu siap tanya "ni talapia ke flower horn"...
Budak sakit dah tak berapa nak sakit. Ammi suruh dia beratur di kaunter menimbang barang. Berkerut muka pegang pisang yang lebih kurang 1kg dan ubi kentang. Alahaiiii baru berat gitu je pun.
Sebelum pukul 7 dah siap penuh trolley dan marilah membayar. Masa tu baru nampak di kaunter yang buat membership diluar panjang orang beratur. Marilah kita balik dulu, simpan ikan untuk anak-anak bulus semua dan lepas maghrib kita keluar semula cari makan.
Mula-mula abah ajak makan area office Mummy Ayu (kedai apa ntah), tapi bila pergi tutup katanya. Dan teruslah ke Temiang Point. Ammi baru tau kewujudan tempat ni. Abah kata dia pun tau kat TikTok.
Waktu ni dah ramai orang. Masa kami memula sampai ada 2-3 orang je dan yang bertudung semua tak ada. Tu yang tertanya-tanya sama ada ni kedai Muslim or kedai Cina, lagi pun kawasan ni memang majoriti population dia orang Cina. Siap tanya kat adik yang ambik order tu "Dik, ni kedai Melayu ke Cina ni dik" ahaks. "Owner tapak orang Cina kak, tapi yang kerja, masak, beli barang kat pasar semua orang Melayu".
Ada team busking juga kat sini. Ok, confirmlah boleh makan. Jarang kedai bukan Melayu ada busking camni.
Menu kat sini biasa-biasa je dengan harga yang biasa-biasa. Air pun air yang biasa-biasa je. Tak ada air hipster, air kopi caramel machiato, hazelnut latte bagai.
Abah order mee goreng chicken chop. Abah request mee goreng taknak kicap, tapi bila sampai warna macam ammi jugak. Nasiblah ba, awak memang sesuai dengan yang gelap-gelap je. Ahaksss
Dalam menu ada mee udang, tapi ammi tukar kepada kueh tiow sebab ammi takut nak makan mee sejak gastrik tu. Sedap juga rasanya.
Orang sakit nak makan fish and chips. Tapi bila dah sampai makanan dia macam "ammi boleh buka ke plaster ni, alip tak boleh bukak mulut".
Dah buka plaster tu dan siap ada kesan plaster tu lagi.
Dah buka plaster, makan sesuap dua pastu dia tanya "kat rumah ada bubur lagi ke ammi?"... alip sakit mulut nak gigit.
Alamakkkkk tak pasal-pasal abah ammi kena habiskan makanan dia sambil layan busking. Balik rumah baru dia makan bubur.
Begitulah berakhirnya hari Jumaat kami.
10 Comments
shafakallah dear alip
ReplyDeleteNak pergi juga ST Rosyam Mart tu. Tapi tengok di medsos macam ramai nau, nanti² lah pergi. Perasan juga tempat makan ni viral tapi macam tak rasa nak pergi pula tengok ramai orang juga. Ooo biasa biasa je ek.
ReplyDeleteAlahai siannya alip tak boleh makan mcm biasa. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteabah abah lagi mudah terpengaruh dgn tik tok. wasap kita dgn suami sekarang penuh link tik tok, tumpang parking katanya..aje pening. Semoga alip cepat sembuh ya..
ReplyDeleteeh..ni area mana plak...biasa akak pi yang Gedabucks tu...
ReplyDeleteSeriaunye tengok
ReplyDelete. Moga cept sembuh
Alahai semoga cepat sembuh la tu. layan jugak makan2 sambil dengar orang busking.
ReplyDeleteMasih terasa sakit lukanya yaaa. Semoga Alip cepat sembuh, JD bisa makan seperti biasa yaa 🤗
ReplyDeleteSemoga cepat-cepat sembuh Ozil...
ReplyDeleteCepat sembuh Ozil....
ReplyDelete