Budak-budak Gen X dan Millennials mungkin ada yang pernah ambil subjek Kemahiran Hidup Besepadu dulu. Ammi tak tau subjek ni diajar hingga tahun bila. Sekarang rasanya subjek ni dah ditukar kepada Rekabentuk dan Teknologi. Kalau tak silap ammilah.
Kredit pada yang share di Facebook.
Ini salah satu subject favourite ammi masa sekolah dulu sebab boleh masuk bengkel. Masa Form 1 best sebab kena buat kerja kayu.
(Credit to Google)
Buat bekas orkid camni.
Ammi ni anak tukang kayu uuolls. Jadi kerja-kerja perkayuan tu agak mudah bagi ammi dulu-dulu. Takat nak gergaji kayu, licinkan kayu guna sandpaper, syelek kayu tu semua ammi ok je sebab ammi kan selalu jadi assistant aca dulu.
Ingat dalam kelas tu ammi siap ajar kawan-kawan cara nak pegang sandpaper sebab ada yang pegang macam pegang tisu. Berlekuk le kayu tu nanti.
Masa nak pakai Apit G ni pun ramai yang tak reti. Aca dulu selalu guna apit G ni masa dia gam kayu. Aca selalu dapat tempahan perabot. Ada yang order almari baju, almari dapur. Jadi ada bahagian yang tak boleh dipaku, jadi perlu digam.
Ammi lah yang jadi tukang pusing apit ni. Masa nak ketatkan tu je aca buat.
Masa KHB buat projek kayu markah ammi tinggilah. Bila tiba kena jahit baju kurung kedah, hambikkkkkk. Kita tak ada mesin jahit, jadi jahit pakai tangan je. Siap ada kesan darah lagi kat baju haha sebab jari banyak kali tercucuk jarum. Cikgu beriya ajar potong baju guna apa nama kertas tu ntah..yang ammi ni bajet terror, lukis terus bentuk baju atas kain. Pastu potong gitu je. Pastu, ko ingat mama nak belikan lagi kain? Memang taklah. Ko buat je guna kain yang ko dah potong tu. Dah baju tu tangan kiri panjang gemuk, tangan kanak pendek pastu tak nak masuk jadi slimfit. hahah.
Masa form 1 ada juga kena masak nasi lemak kalau tak silap. Ke itu masa Form 2? Tapi sampai sekarang tak reti-reti masak nasi lemak.
10 Comments
Hebat Ammi bab bertukang ni. Mestilah menurun bakatnya kan.
ReplyDeletezmn MZ, tak de lagi subject kemahiran hidup tu...or may be sek MZ tak ajar subject tu sbb MZ sekolah agama (sek arab) kat kelantan
ReplyDeleteyeahhh Ana dlu pun ada juga bljr Kemahiran Hidup (kerja kayu, jahitan & masakan).. paling best masa kena buat music box kayu hehehe
ReplyDeletekami buat kerja kayu dengan elektronik je. takde jahit dan masak. Untuk projek form 3, kena buat tempat penggantung kunci bersiren.
ReplyDeleteSuka jugak menjahit tapi kurang sikit kesabarannya hehe.
ReplyDeletesaya bab bertukang out tp bab menjahit no prob. mana x nya mesin jahit mama habis sy kerjakan😁
ReplyDeleteHahahahah saya bayangkan hasil baju yg kak Ammi buat 🤣🤣🤣. Ya Allah, nasib baik bukan tempahan orang ya kak 😂
ReplyDeletePH tak suka bab kayu & letrik ... Dgn jahit pun x suka sebab tak reti haha ... Bab masak bole la sbb ada kawan dlm group yg pandai, kita tumpang² la buat pandai gakss:D
ReplyDeleteTp bab pertanian & taman mini suka sangat. Ingat lagi kami tanam jagung dan cili.
Hey sama la akak dulu Kemahiran Hidup, paling x suka subject bertukang tapi suka subject memasak..menjahit pun x suka..akak dulu kena buat bekas tisu poket...stress je
ReplyDeletebertukang buat kotak muzik.. time masak lagi best kenyang masa rehat.. jahitan buat sarung kotak muzik.. subjek form 3 untuk pmr.. berdebar bila cikgu nak bg markah sbb takut tiba2 tak berbunyi pula bila buka kotaknya.
ReplyDelete