Malam ke-3 kami menetap di hotel kami decided untuk makan singgang.  Kaklang lah sebenarnya rasa nak makan singgang.  Ammi ni dulu-dulu tak prefer singgang sebab rasa macam ada hanyir ikan yang agak kuat, tapi sekarang macam dah ok.

Dulu rasanya dekat belah-belah Chow Kit kot (ammi pun dah lupa) memang ada macam barisan kedai-kedai (foodcourt) singgang.  Memang semua kedai jual singgang dari hujung sana ke hujung sini.  Tapi sekarang macam kebanyakan kedai yang dulu berada di foodcourt tu dah pindah ke rumah kedai.


So, kami ke sini jelah.  Lupa dah kedai mana yang abah suka pergi dulu.


Yeay...ada menu yang "klasik".  Adik yang ambik order ni alahaiiii...kecik come tapi handsome sungguh.  Korang bayangkan muka dia ala-ala Aweera.  Comel ke tidak?


Hero kita malam ni..singge ikan kembung.  Selain tu kaklang ambil juga set tomyam untuk 8 orang makan.  Dalam tu ada poktek, ikan siakap, daging masak merah, sayur, 


Tomyam poktek yang sedap.


Siakap 3 rasa...satu lagi kita ambil siakap stim.  Yang stim tu pedas melantun weiiii tapi sedap.


Daging masak merah


Telur dadar


Kailan ikan masin


Bila makanan semua dah siap, abang Adam baca doa.  Tapi baru nak ameenkan eh dia sambung lagi berdoa, nada dah macam nak habis tapi ehhhh ada lagi.  Ko sengaja Adam!


Yang bertopi merah ni biras ammi (papa si dadek, Adlishah dan Aimi).  Dia ni ambillah cuti kononnya naklah follow wifenya yang terpaksa bertugas di Terengganu bersama anak-anak.  Sekali ehhhhhh dadek ada latihan menari pulak sepanjang  cuti sekolah dan Aimi pun ada bengkel SPM.  Hanginnnn je member.  

Pastu anak-anak pulak tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang sebab semua nak duduk hotel.  Kesiannnn.

Selesai makan, borak marilah kita pulang.  Ammi perlu pack barang sebab kita nak check out dah esok.  Mak-mak mesti gelabah kalau suami & anak sahaja yang check out sendiri tanpa isteri.  Takut je dorang ni tertinggal macam-macam.