Hari Isnin (16.9.2024) awal pagi masa sarapan ammi usulkan untuk ke Mitsui Outlet.  Abah pun serba salah nak cakap taknak.  Ahaksss.

Pagi macam biasa, selesaikan urusan rumah, selesaikan bab makanan dan minuman kucing dan sekitar jam 11 pagi kitorang gerak.  Nak tinggalkan kucing, kenalah sediakan makanan dan apa yang patut.


Disebabkan pagi tu kitorang sarapan ringan-ringan je, makanya awallah kita cari lunch.  Tak ada pun plan nak makan apa.  Abah kata, kita jumpa kedai makan kita makan je.

Sekali nampak kedai ni...bolehlah.  Banyak pilihan lauk-lauknya.  Ammi tak ambil pun gambar di rak sebab ramai wei orang.  Kita pemalu wakkkk.

Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Jalan Besar,
Kampung Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor.


Kita ambil gambar makanan atas meja kita je.  Ammi kalau nampak ikan kembung memang itulah dulu yang ammi capai.  Suka sangat dengan ikan kembung.

Ambil juga semangkuk masak urat keting (RM15), lemak daging salai (RM7) dan lemak siput sedut (RM7).  

Total bil termasuk air cuma RM78.00 sahaja.  Ammi rasa macam murah je.  

Pastu marilah kita ke Mitsui.  Berjalan tanpa arah tujuan.


Masuk kedai ni, Puma ke Nike ntah, Khilfi macam "ammi can I buy this?".  Ammi pun macam "how much?"... sekali harga RM658.... hahahhah TAK PAYAHHHH.  Awak bukan level-level Mohamad Salah pun.  

Sambung lagi mengukur jalan dalam Mitsui sambil mencari ruang solat dan disebabkan baru balik camping dan vibes camping tu masih membara, kitorang pun masuklah kedai yang jual peralatan outdoor sports ni.


Khemah besar ni je beribu-ribu harganya.  Cooler box belakang tu pun harga taknak kalah ok.  Healing chair pun sampai RM700++ dah kenapa? Ok bye. Ammi beli healing chair kat Tiktok baru 30++ je sebijik.  

Sudahnya segala list yang nak dibeli tak ada satu pun yang ber"tick".  Dah jomlah ke tempat lain.  Kitorang teruskan perjalanan ke IOI Putrajaya je.  Haaaa disini barulah satu demi satu item dapat dicari.  

Selesai semua jomlah kite penuhi pulak permintaan si bongsu.  Dari haritu sibuk nak solat kat Masjid Besi Putrajaya.  Marilah.


Masa kat sini dapat whatsapp dari kakak ipar ammi "La, esok bawak anak-anak tidur Royale Chulan jom teman kaklang.  Kaklang belanja.  La gi keje dari hotel je".  Anak-anak dengar tidur hotel memang lajulah kan...so oklah kita kata ok.

Sekali tu kaklang balas "sampai Jumaat tau".  Ehhhhhhh serba salah pulak. Ammi tolaklah mulanya sebab dari Selasa ke Jumaat agak-agak berapa kaklang nak spend duit tu.  Tapi kaklang insist, so, balik dari Putrajaya malam tu kita pack pulak baju tidur hotel pulak.  

Otak kena bekerja laju ni nak packing secara mengejut.