Sebelum mula cuti sekolah abah ni mencarilah tempat-tempat nak berkhemah dengan anak-anak. Kitorang tak pernah berkhemah sebenarnya. Takat pacak khemah sebelah pagi kat tepi pantai pastu menjelang petang kitorang cabut dan balik tu adalah. Tapi yang memang berkhemah tidur masak bagai tak pernah.
Banyak tempat dah full. Dan entah macam mana Abah sajalah tanya kat abang ipar kot-kot dia tau kat mana boleh camping sebab dia kerja dengan Jabatan Hutan dan banyak je tempat-tempat dorang selalu gi beriadah.
Laaaa rupa-rupanya dorang memang dah ada plan berkhemah. Bila tanya tuan tanah tapak khemah katanya boleh lagi masuk dan dorang memang ada sewakan khemah juga. Kami memang tak ada khemah sendiri yang boleh buat tidur-tidur bagai.
Okkkk onzzzzz.
Ehhh tak nampak pulak.
Kitorang berkhemah di D'Chompogho Kuala Jerlang dan jaraknya cuma lebih kurang 8-10 minit je dari rumah. Berhampiran dengan Rumah Panggung Cafe di Jalan Pantai Seremban. Ibarat kalau kau rasa nak yak-yak tapi tak selesa ko drive je lelaju balik rumah pastu ko datang semula kat sini. Hahaha.
Along ammi start camping dari hari Jumaat - Ahad. Tapi family ammi hari Sabtu baru masuk. Untuk kali pertama kitorang start dengan sehari jelah dulu.
Disebabkan ammi tak ada khemah, jadi kita sewa je khemah dari tuan tanah. Tuan tanah siap pacakkan sesiap khemah beserta flysheet sekali. Dalam khemah ni disediakan 2 tilam angin size single, ada extension plug, ada kipas berdiri 1. Ammi tak ambil gambar selepas diletak tilam dalam khemah pun. Sejenis dah duduk malas nak berjalan.
Bolehlah kan. Abah pun muat solat dalam khemah.
Ini khemah along ammi dan kawannya.
Seribu lebih juga harganya dorang beli. Tapi luaslah khemahnya. Abah pun macam dah teracun juga nak membeli tu....nantilah kita tengok camna.
Gambar yang lain ammi nak buat posting lainlah. Ahaks...malas pulak nak mengarang.
Ammi letak kat sini details campsite ni kot-kot ada yang berkenan nak santai-santai.
*****************************************************
LOKASI
Berhampiran Jalan Utama Ke Jelebu/Kuala Klawang
Waze & Google Map📍: Kuala Jelang Campsite
PAKEJ DITAWARKAN
* KHEMAH & TAPAK
-RM100.00 (2 Hari 1 Malam)
- RM 70.00 (½ HARI)
p/s: kipas,tilam dan plug disediakan.
* TAPAK UNTUK KHEMAH
- RM50.00 (2 Hari 1 Malam)
- RM30.00 (½ HARI)
WAKTU CHECK IN & OUT
* 1 hari
Check in - 2 p.m
Check out - 12 tengah hari
* 1/2 hari
2p.m - 7p.m
• PAKEJ RIADAH⛺(10a.m-7p.m)
-RM 50.00 (5 ORANG)
Tambahan ahli - RM 10.00 Seorang (12 tahun keatas)
• DEPOSIT SAMPAH RM10.00 (akan dikembalikan jika menjaga kebersihan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi📲:
http://wasap.my/60136748293
*****************************************************
So, disebabkan ammi cuma bermalam sehari dan ammi ambil pakej khemah & tapak. Ammi kena bayar RM150.00 (satu kepala RM10).
Oklah pada ammi, anak-anak seronok dan nak repeat lagi.
9 Comments
kami 3branak pun belum pernah camping bermalam ni,teringin juga nak cuba tapi risau tak boleh nak tidur malam duk teringat katil kat rumah
ReplyDeletewah..bestnyaaa....boleh la kita plan berkhemah sama2 nanti....dokek yo kan..sakit poghut nak yak2 bleh la kita balik umah jap...tandas disediakan tak?
ReplyDeleteBestnya berkhemah. Lama betul tak berkhemah ni. Last masa sekolah je.
ReplyDeleteSeronok camping ni.
ReplyDeletedah la x pergi camping...
ReplyDeleteBagus la khemah disediakan, senag utk kita bawa badan n makanan kite je kan..
ReplyDeleteSamaa lah kak, saya pun sampai sekarang belum pernah coba kemping yg sampai menginap begini. Sebenarnya teringin, tapj nak pastikan juga tempatnya nyaman dan AMAN.
ReplyDeleteKenapa saya minta aman, Krn teman pernah cerita, dia kemping, lalu saat dah nak tidur, tengah malam, masuk kemah dan sleeping bag. Dia merasa ada yg gerak2 di kakinya dalam sleeping bag. Ternyata lintah lah dah menempel 🤣🤣🤣🤣.
Saya yg dengar saja langsung merinding bulu badan 😅😂. Sejak itu agak takut nak kemah , tapi kalopun suami masih nak, ya itu tadi, saya hrs pastikan tempatnya aman dari hewan melata 🤣
aku pun x pernah, teringin gak nak camping2 mcm ni..bestt
ReplyDeleteemm mcm teringin la plak esp sbb khemah tu dh ready dipasang siap2 hahaha
ReplyDelete