Sejak kena gastrik awal bulan lepas, ammi terpaksalah sarapan pagi. Ammi perasan, kalau ammi IF selalunya (walaupun pagi hanya minum black coffee without sugar) ammi tak rasa lapar sangat pun masa lunch hour. Mungkin sebab badan tak perlu nak process gula disebabkan kita puasa hampir 16 jam.
Tapi, sekarang ni walaupun malam dinner, pastu pagi makan breakfast, menjelang pukul 12 ko dah terasa lapar macam nak gila. Haipppppp. Ini satu bentuk penderaan.
Disebabkan setiap pagi gigih ambil gambar, kita tepek jelah buat-buat tambah entry.
Isnin - Korean wrap dengan coffee. Pastu lepas makan, kita makan jajan pulak. RM6
Selasa - tak ingat langsung apa ammi makan. Cuba recall tetap tak dapat. Ahhhh biarlah. Apa yang dimakan dah melalui proses penyahtinjaan dan pun. Auwww...mementang baru lepas soal Ozil sambil pegang buku Sains tahun 4...kelas bahasa ko Mila.
Rabu - bangun sekitar jam 5 pagi, tengok abah tengah menumbuk di dapur. "Buat bekal nasi goreng awak", katanya. Auwwww. Disebabkan hati berlagu riang, jadi kita buat coffee siap pakai whisker biar ada foam-foam gitu. Harga kasih sayang.
Khamis - turun bus di depan Central Market dan tengok acik nasi lemak dah sampai. Most of the time lewat juga acik ni set up kedai. Jadi ammi beli nasi lemak, letak sambal sotong putih dan telur mata. Lupa diri betul. Air kita minum black coffee without sugar je dahlah. RM7.50
Jumaat - masa turun bus tu macam teragak-agak nak beli sarapan ke tidak. Macam tak lapar, tapi macam ehhhh kang sakit perut camna?... Sudahnya kita beli je nasi ambeng. Add on paru. RM7. Pastu gatal tangan buat kopi buih-buih cinta gitu. Tujuannya nak habiskan susu kotak yang rasanya dah hampir 2 minggu dibuka. Tapi tak habis-habis pun lagi.
Tapi ammi rasa perut ammi ni macam dah ok je sebenarnya. Ubat yang doctor bekalkan tu pun mmg dah habis dan ok je. Dah tak ada rasa sebu, mencucuk-cucuk.
Kita tengoklah nanti camna. Mungkin ammi boleh start IF semula ke tapi kita kurangkan jam berpuasanya.
11 Comments
Rabia dulu gastrik juga skrg tak dah
ReplyDeletePagi kena minum air manis juga.
Ptg tu mkn ringan ringan je
saya laa ni wajib sarapan berat2
ReplyDeletekalau tak dalam kol 10 je dah berdondang syg perut ni
haihhh
Aduh, kita tak boleh buat IF ni pasal malam selalu makan lewat sama PI. Semoga gastrik Ammi akan sembuh ya.
ReplyDeletePg td MZ bf mkn bihun goreng..emmm my tummy ni cepat full kalau mkn heavy2...
ReplyDeletesaya ni puasa wajib pun tak mula ganti lagi ni... Dari isnin.. ke isnin berikutnya.. tak juga mula puasa... Ni pula nak IF... mmg taklah... hahaha
ReplyDeleteTake care, memang kena extra jaga makan. Pernah kena masa sekolah menengah, terus cikgu hantar ke hospital. Masuk air dll. Tapi gastrik je.
ReplyDeleteMemang kagumlah dgn vocab baru Ammi ni :p
ReplyDeletePH jenis kena makan berat pepagi... Cuma bila sorang² tu lewatkan sikit breakfast, ala² IF la kita pun :D
breakfast penting.. lunch dengan dinner kadang-kadang je bila sempat. nasib tak pernah kena gastrik.. jauh kan lah
ReplyDeleteaww..."buatkan bekal nasi goreng awak" .....berbunga2 je kann....alhamdulillah...
ReplyDeleteStop dulu la buat IF, rasa mmg dah ok..tapi perut tu perlukan masa untuk pulih..seronoknya ada buatkan sarapan or bekal..kak SA buat la sendiri ha...
ReplyDeleteSedap2 menu nya kak. Trutama nasi lemak, yg saya paling rindu tiap balik Malaysia 😄.
ReplyDeleteSaya dah IF berapa tahun yaa. Tak ingat juga. dan so far, enaaak terasa badan. Tak mudah lapar. Pagi bangun tidur saya selalu minum apple vinegar campur 300ml air hangat. Ini bantu menurunkan kadar gula . Belum cek lagi ke dokter , tapi seharusnya okay..