Hari Sabtu tiada outing di sekolah Khilfi. Kalau ada outing dah confirm-confirm ammi kidnap dia bawak datang majlis kahwin kakak Ain dia yang cantik ni.
Sekolah Kyra pulak tiada lawatan hari merdeka tu. Kalau ada mungkin ammi pilih untuk pergi jenguk Kyra di Segamat kot sebab Khilfi dah balik minggu sebelum tu. Rezeki awaklah Khilfi.
Masa Khilfi call tu tanya nak makan apa, dia kata apa-apa je. Ayam goreng pun boleh. Kakak-kakak ipar suruh bawak lauk kenduri tapi ammi macam, "Eh takpelah, majlis belum berakhir. Ramai lagi tetamu takyahlah tapau-tapau". Terasa berdosa pulak nak tapau lauk majlis orang sebelum majlis tamat.
Selesai solat zohor marilah mencari ayam gorengnya disekitar kawasan MITC tu je. Ozil cakap "Alip pernah ingat ada Marrybrown kat situ, tempat yang alip cirit birit tu". Hahhahah kenangan tercirit dalam seluar masih diingatan dia.
Sampai di kawasan parkir atas ni ammi perasan dari balik tingkap bilik ada budak berbaju kuning sedang mengintai. Anak ammi rupanya.
Sambil berlari tu dia cakap "wakanda forever".
Baju sukan sekolah rendah masih dipakai. Katanya senang pakai baju sekolah lama sebab confirm tak hilang. Baju sukan kakak dia pun dia angkut pakai kat asrama.
Makan kat dalam kereta jelah. Kat pondok-pondok macam dah penuh dengan keluarga yang lain. Nak makan diluar boleh tahan terik cuaca.
Ammi beli set ayam yang 6 pieces je. Tapi yang makan cuma Khilfi dan Ozil je sebab abah dan ammi macam tak lalu pulak nak makan ayam goreng.
Ammi suruh je dia bawak ke dorm baki ayam tu makan jelah kongsi-kongsi dengan kawan yang lain yang parents tak dapat datang harini.
Dalam 6pcs bucket ada 6 ayam goreng, Cheesey wedges, 2 durian pie and 2 pilihan air.
Sebelum turun sila kemas kereta dulu. Bersemut karang. Satu-satunya anak yang pakai jam tangan belah kanan macam amminya. Wah abang, dah nampak jawline ni. Dah kurus sangat anak ammi.
Jerawat penuh di dahi. Warna pun dah melongot. Mana taknya...pukul 2 lebih main bola kat padang. Masa kami kat sini, kat padang tu penuh dengan budak lelaki main bola. Punyalah terik matahari. Mentang-mentang belah pagi je ada prep dan belah petang masa bebas. Bebas betul dorang ye.
Dalam jam 4.30 petang kami pun gerak balik ke homestay. Malam ada tempat lain nak dituju dengan kakak ipar dan anak-anaknya.
Ammi pun dah tak sabar nak cabut shawl yang melilit ni. Rasa semak sungguh. Tulah dah biasa pakai tudung syria, tetiba gatal nak bershawl. Pastu ko terseksa disitu.
8 Comments
Rezeki Khilfi lah Ammi datang melawat dia. Senyum lebar kemain seronok lagi dia. Ada iras iras rupa abahnya. Nak tergelak dengar perkataan melongot tu. Sejak kahwin dengan orang Nismilan ni banyak perkataan baru yang kena hadam. hihi..
ReplyDeleteKenapalah trliur melihat MB tu yaaa.. rasa nak pi belilah, murah pun yerr tu..
ReplyDeleteDah lama tak makan MB. Lepas tengok post ni, terasa macam teringin pula.
ReplyDeleteMemang seronok kalau mak ayah datang melawat di asrama. Sedap pulak tengok ayam tu.
ReplyDeleteseronok hero yer..mak dtg bawak ayam...best best.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Khilfi...seronok la dia ye...
ReplyDeleteHahahahaha saya pun kalo pakai hijab model shawl, tak pandai, dan tak suka lama2. Macam panas leher kan 🤣🤣. LBH suka hijab biasa lah.
ReplyDeleteEh kita samaaa kak Ammi, pakai jam di tangan kanan 🤭. Dr dulu memang saya terbiasa ditangan kanan
perasaan seronok ada pelawat tu mmg best... rasa meriah hidup...
ReplyDeletepromo bucket tu sampai bila ya?