2/8/2024 - setelah ammi up post di Facebook maka datanglah wakil dari parti memerintah (wahhh bahasa kau) untuk buat lawatan tapak di rumah ammi.  Dan berjanji akan datang bawa contractor dalam masa sebulan.

6/8/2024 - ammi dihubungi oleh Setiausaha bahagian dan beliau mintak details ammi.

Sebulan setengah berlalu, tiada berita.

26/9/2024 - ammi saja je Whatsapp Setiausaha bahagian tu tanya progress.


Tup-tup baru je capai tuala nak mandi sebab plan asal nak ke Melaka, dapat pulak phone call dari contractor kata dorang nak mula buat kerja kat depan rumah.


Pekerjanya semua bangla.  Contractor je Melayu.  


Contractor ni kata "kecoh kes ni kat pejabat MB, semalam saya datang recce tempat, tengok apa nak kena buat, harini terus datang".  Ehhhh yelah tu kecoh kat pejabat MB.  Kita tak buat apa pun...kita cuma tag MB je kat Facebook.  

Hari sebelumnya abah memang tak ada dirumah.  Ammi kerja dan tak ada terima apa-apa call pun kata nak datang ke apa.  Mungkin sebab "luka diluar rumah" jadi dia tak perlu inform kot.



Oopps…i’m sorry.  I have to do my part, so that you are forced to do your part



Dorang drill batu depan rumah tu... apa namanya ntah "slab" ke apa ntah.. gitulah ammi dengar.  Takkan slap pulakkan?  Ahaks.



Katanya kat abah, kalau dorang buat terus sampai ke pagar, lebih kurang 1 kaki dalam bahagian ammi boleh roboh.  Pastu dorang pasanglah papan ni pastu simen balik.  Dan sekian.

Kerja disambung ke hari Isnin.


Regangan pada hari Sabtu.  Kalau haritu masa dorang datang mealwat tu size lebih kurang satu size botol mineral 500ml.  Regangan setakat Sabtu dah berukuran diameter botol mineral 1litre.  Sekejap je dah merenggang.


Orang berbudi kita berbahasa.  Inform pada Setiausaha tu supaya nanti senang dia nak buat report.