Wah masuk bakul betul statement di tajuk ammi kali ni.
Bukan ammi yang cakap, tapi orang yang buat benda ni yang cakap. Kita iyekan ajelah.
Ammi mula guna nombor phone sekarang ni since 2002.
Masa tu office lama ammi terlibat dengan project Le Tour de Langkawi. Kitorang bawa masuk engineers dari Australia untuk kendalikan project rakaman secara "aerial" menggunakan helicopters. Jadi engineers dan crews dibekalkan dengan nombor tempatan untuk mudahkan komunikasi.
Bila dorang balik, boss tanya ada tak sesapa nak take over guna nombor ni. Kalau tak dia terminate je line Maxis ni. Jadi ammi pun ambillah satu nombor. Lagipun masa tu tengah mencari-cari line yang sesuai. Sebelumnya ammi ingat ammi guna line TMTouch (line 013). Sendu je uolllss line tu. Tapi masa itu, itulah line termurah dipasaran.
Jadi bermula dari 2002 hingga kini ammi masih setia dengan nombor yang sama. Dari Maxis membawa ke Digi pastu acah-acah tukar sekejap ke OneXOX pastu kembali semula pada Digi. Pastu baru-baru ni konon nak tukar ke Unifi tapi tak jadi. Kita kekallah bersama Digi.
Lagi lama ammi bersama dengan nombor handphone berbanding dengan suami sendiri.
Masih tak yakin saya setia? Setialah juga walaupun beberapa kali curang dengan Digi. Ahaksss.
4 Comments
MZ pun lebih kurang ammi la..guna no hp ni sblm kenal mr hubby lagi...rasanya MZ start guna tahun 2002 or 2003, sbb kenal mr hubby awal tahun 2004(kawin pun 2004 jugak!)
ReplyDeleteWow, kita pun guna nombor dan service provider yang sama dari 1996..yakni celcom..setia kan...
ReplyDeletekalau bab nombor..sama la.. aku pun setia ngan no ni.. dr sama gak ngan ko.. dr maxis tukar ke digi dah.. he he he
ReplyDeleteSaya setia dengan celcom. Pascabayar lagi bukan prepaid dari dulu hingga kini. Dulu tukar no baru pun sebab talipon nokia kena curi orang. Tak faham dengan orang yang asyik tukar-tukar nombor phone sebab susah bila dia tukar nombor baru bila call tak dapat rupanya dah tukar no baru. Jenuh nak cari no baru sebab tidak di beritahu. Lama-lama terputus le silaturahim disebabkan asyik bertukar no phone.
ReplyDelete