Ehhhhh tajuk dah macam iklan rokok. Ko dah kenapa ammi?
Entah, tiba-tiba terasa nak letak tajuk tu.
Ada sekali kami ke AEON mencuci mata dan poket. Ammi perati sebelum pergi Khilfi siap iron baju...ingatkan T-Shirt sebab yelah kadang-kadang ammi ni bukan sejenis ambil dari ampai terus lipat. Lama baju tu duduk dalam bakul...mesti komot-komot.
Rupanya dia pakai kemeja korang. Kemeja yang dia bawa ke asrama ada program hari Sabtu.
Smart pulak anak bujang sorang ni. Dah nak ada girlfriend ke tu? Dah mampu beli spender sendiri ke?
Ni tengah mencari sweater untuk kakak. Jujutsu Kaisen ni anime kesukaan kakak. Tapi watak yang mana satu ammi pun tak ingat. Dia pernah sebut tapi tak register langsung dalam otak ammi sebab ammi tak pernah langsung tengok anime ni.
Disebabkan dia cemerlang juga periksa baru ni, marilah hadiahkan dia apa yang dia suka. Mana tau lebih baik result dia nanti. Jadi suruh jelah Khilfi yang cari watak mana yang kakak suka.
Tengok harga pastu dia macam "seriouslah ammi nak beli harga ni?"... Ehhhh masa beli kasut bola dia takde pulak dia tanya "seriouslah nak beli". Ammi dah janji dengan kakak dari haritu lagi, kalau dia perform ammi hadiahkan sweater ni.
Jadi, semua anak-anak memang ammi dah dah letak target. You hit the target, I will definitely reward you. Janganlah risau.
Dan jumpa akhirnya watak kesukaan kakak... Yuji Itadori.
Gaya dah ada, mutu insyaaallah ada sebab warna pun dah ala-ala Muthu. Unggul? Belum berapa nak nampak lagi keunggulan abang macam masa abang sekolah rendah...sila buat lebih baik because I know and I trust you can abang.
7 Comments
Segak dia sekarang... Mesti ramai peminat ni Ammi haha...
ReplyDeleteMasa dia dapat lasut bola tu, dia tak perasan regenya... Hihihi...
ReplyDeletehensem lah ur anak bujang ni!
ReplyDeleteMemang segak anak bujang ni.
Deletejujutsu kaisen ni anime budak2 zaman sekarang dah.. saya dulu zaman naruto dengan dragon ball... hahaha..
ReplyDeletentah2 budak2 sekarang x pernah dengar pun tagline gaya mutu keunggulan tu... zaman2 kita je tahu.. hahahaha
Dah remaja sekarang yaa ☺️. Naah saya setuju cara Ammi. Saya suka juga bagi target ke anak2, dan jika mereka achieve pastilah ada rewards . Buat mereka semangat kan
ReplyDeleteAmboi...segak betul sib baik anak dara aunty dah lebih dari umur dia..kalau bawah dia boleh chop ni...manis mukanya...
ReplyDelete