Alhamdulillah, hari Ahad haritu kak SA dapat gak akhirnya serahkan hadiah dari dia untuk ammi sempena ammi jadi September's top komentator kat blog kak SA haritu.
Kitorang ni nama je duduk taman lebih kurang sebelah-sebelah. Kita kongsi masjid kariah yang sama kira sebelah-sebelah la tu kan tapi bukan selalu pun dapat jumpa. Nak-nak sekarang member gi kerja dah dengan shuami tercinta.
Berapa kali ntah SA hantar whatsapp, risau bona dia tak serahkan lagi hadiah tu. Kita ok jelah kak...
Gigih Abang Haidy turun kereta snap gambar mak-mak dara ni.
Muka selenga ammi sebab berpeluh sakan. Memang panas berdenting-denting hari Ahad haritu. Lepas lunch tu kononnya pasanglah aircond dalam bilik jap nak lelap. Baru nak lelap ehhhhh tak ada elektrik pulak. Dahlah panas. Dah mohlah kita pakai baju, pakai tudung pastu kita keluar menghabiskan duit. Cari kelengkapan nak pergi camping hujung minggu ni.
Bila SA dah balik baru ammi macam "ehhhhh napa tak jemput masuk ek?"... Maafkan saya kak...
Malam dah relax-relax kita bukalah hadiahnya...masa tu si Khilfi yang teman ammi. Dia siap tanya, ammi ada kawan eh kat sini? Ehhhh soalan kamu. Ammi cakaplah itu kawan blogger...dia siap tanya nama. Bila ammi cakap Suria Amanda, dia macammmm ohhhh SA.
"Abang kenal ke?".... Jawapan dia... "abangkan baca blog ammi...abang baca dengan komen sekali".
Akhirnya ada juga tumbler untuk diri sendiri. Ammi ni doklah sibuk belikan anak sorang satu tumbler untuk bawa ke sekolah...untuk ammi sendiri tak de. Gitulah mak-mak.
Esoknya bawak ke office dan gantikan botol air yg kat office tu. Yang kat office ni 800ml je...comel lote je. Ada hari ammi top up sekali. Ada hari 800ml tu pun tak habis. Pastu ko komplen kulit kering, muka kering.
Thank you so much kak SA...
12 Comments
Alhamdulillah dan Tahniah
ReplyDeleteWahhh, kalau bagi byhand memang special sesangat ni hadiahnya.
ReplyDeletewahhh..bestnyaaa duduk dekat2 ni...
ReplyDeletetahniah ammi..
yeay..congrats beb...hadiah yg useful sgt,
ReplyDeletebest nya gi camping...amik gambar byk2 tau, story kat sini nanti
Cantikkan tumbler tu...eh.kita x hari2 sebenarnya naik kereta...kadang naik bas gak..hahaha...alaaa...memang x dan nak singgah sebab dah penat..next time la ye...dapat memain ngan tucen2 tu kejap pun ok..Alif je memalu masa aunty SA panggil..agak risau bila abg haidy awak tu amik gambar sebab dia x pandai sangat...
ReplyDeletetahniah dpt tumbler
ReplyDeleteComel hadiahnya, yg penting functional 👍🏻
ReplyDeleteSama la anak² PH pun kenal juga kawan² blogger mak dia 😆
iye...ada masa bergelen2 air habis..asyik nak shishi je...
ReplyDeleteada masa, tak habis2 pun airnya...hihihi
yeay, dah dapat hadiahnya, tahniah ammi
Bestnya dapat hadiah.
ReplyDeleteMoga ukhuwah berpanjangan.
Cantiklah tumbler tu... barulah ada gaya 😅
ReplyDeleteTapi betullah.. dok sibuk belikan anak, sampai lupa untuk diri sendiri.
cute tumbler tu!
ReplyDeleteOh rumah kakak tak jauh dari kak SA yaaa ...
ReplyDeleteBaguus Tumbler nih. Memang cocok letak kantor, supaya ingat minum 😄.