Nak beli yang original di kedai jenama itu sendiri bapaklah mahal harganya.  Jadi kita sebagai rakyat marhaen yang acah-acah gedik nak juga guna jenama ini belilah yang pelesu sahaja.

Suka hati kitalah kan...nak beli yang asli atau yang pelesu.  Duit kita.  Ahaksss.


Bukan hadiahkan diri sendiri dengan telephone, tapi accessoriesnya aja.  Handphone tu kita dah pakai dari 2022 dan kita pakailah sampai dia lunyai.  


Dalam box ni ada magnetic powerbank, magnetic fast charger, casing, power adapter, lightning  cable dan air bluetooth.


Harga semua ni cuma RM59 je uollss.  

Kalau beli adapter (kepala charger) tu kat kedai jenama ni sendiri pun harganya dah RM99.  Ahaksss...kita beli jelah yang tipu-tipu ni.  Janji boleh guna.

Setakat ni semua berfungsi dengan baik.  Cuma cable je macam tak berapa nak berfungsi.  Its ok...kita abaikan dia. 

Dia ada bagi 2 cables sebenarnya...satu yang sesuai untuk fon ammi dan satu lagi yang memang khas untuk fon abah.  Alah telefon yang abah dapat hadiah masa main bowling tu.  Sebab fon abah cable dia takleh share ngan fon ammi dan iphone yang lain.  Kedekut betholllll.

Terima kasih Sharmila sebab hadiahkan hadiah ni untuk diri sendiri...ahakss.