Disebabkan hari Isnin ammi MC makanya ammi sempatlah tengok anak bujang ni berPDPR untuk kali pertama. Actually first PDPR dia dah bermula hari Sabtu lepas (prep je sebenarnya) tapi cikgu bagi latihan di Google Classroom. Suruh dia buat cecepat.
Jadi tak rasa ralatlah ammi nak usung dia mencari barang camping Sabtu tu.
Pagi Isnin tu ammi cuma buat roti telur je untuk Ozil ke sekolah dan sarapan ammi & Khilfi di rumah. Buat juga telur 1/2 masak sebab ammi tak boleh nak mengunyah sangat.
Budak berPDPR ni dengan tak mandinya. Awal-awal dia check dulu message di Telegram dan Whatsapp.
So, buat masa ni ammi cakap dengan dia ammi lock phone waktu dia berPDPR. WhatsApp dan Telegram tu downloadlah di laptop. Lepas jam 4.30 petang baru ammi on phone dia tapi dengan syarat jangan "provoke" adik dia. Ozil memang tak ada phone during weekdays.
Dan disebabkan bilik Kyra kosong, jadi ammi suruh jelah dia occupy bilik ni untuk belajar dan sila jangan alih barang-barang kakak dan jangan sepahkan bilik. Kakak tu ammi perati sejenis yang teliti juga. Ammi buka laci dia, agak sistematik lah juga. Dia susun setempat earphones, cables yang ntah berapa puluh. Yang mana rosak yang mana ok pun ammi taktau. Ehhh nantilah ammi ambil gambar ammi share.
Memula tu ammi tengok eh apsal dia tak respon bila ammi dengar suara kawan lain respon. Dia kata "abang tak dengar sangat sebenarnya apa cikgu cakap...macam slow bunyi laptop ni". Carikan earphone dalam laci kakak bagi dia pakai haaaaa barulah dengar dia pun respon.
Ammi agak impress dengan sorang Indian boy dalam kelas Khilfi. Dia jenis yang suka ingatkan kawan-kawan. Antara ayatnya yang ammi baca "guysss...Allah is watching guyss". Biasalah budak-budak ni, selagi boleh nak buat 2-3 benda sambil belajar itulah yang dorang buat. Benda lain tu bukan yang berfaedah pun masalahnya.
6 Comments
Teringat balik zaman PKP 😌
ReplyDeleteAnak² PH kalau minggu PB ada juga kadang tu cikgu buat online class
PDPR jer, buat apa nak mandi, hihi. Nampak khusyuk dia.
ReplyDeleteBaguz to fokus pdpr.all the best!!!
ReplyDeletefokus nampak tu...alhamdulillah
ReplyDeleteeh nampak macam kurus banyak... ke sebab dah bujang jadi kurus
ReplyDeleteSerius Abang belajar. Bagus juga ada teman yg saling mengingatkan di sana utk terus fokus 👍
ReplyDelete