Kaki siapa ni?

Hari Isnin seperti yang dijanjikan, contractor datang meneruskan kerja yang ditinggalkan.

Ammi balik kerja tengok depan rumah macam dah disimen semula, masih basah.

Bahagian dalam longkang juga dah dibetulkan.  Dinding konkrit tepi longkang (bawah porch ammi) pun macam dibetulkan sikit.


Tapiiiii...ada pulak cop tapak kaki disitu.


Ditepi ni.

Aishhhhhh siapa yang punya kerja?

Masa ammi balik ada 2 ketul ni kat luar rumah.


Ibu tunggal yang duduk memerhati kawasan dari atas tembok rumah.  Ammi check tapak kaki dia clear.


Dan, anak jantan yang suka merambu ke rumah orang.  Biasa dia dengar bunyi motor abah dia pun balik, berlari acah-acah comel dari jauh.

Tu tapak kaki awak ke Apil?  Bila marah buat muka tak bersalah gitu, siap senget2 telinga.  Cepuk karang baru tau.

Haritu rasanya dia baring atas perangkap lalat jiran.  Habis bulu dia kat belah bawah perut tu bergam-gam melekit.  Siap lalat mati pun melekat kat bulu dia.  Tak pasal-pasal ammi gunting bulu bawah perut tu.  Geli weiiii..nak ambik gamba pun tak lalu.  Pastu jom mandi.

Post a Comment

10 Comments

  1. kaki anak bulus la ni yer...emmm

    ReplyDelete
  2. Aduii laaa hai comel tapak kaki nya.

    ReplyDelete
  3. dah agak dah...sbb kucing dkt rumah nieyl pun sama mcnie...tahu2 tapak kaki dia hehehe

    ReplyDelete
  4. Hurmm nak marah pun tak smpi hati huhu.. tak apa la ratakan jer la semula huhuu...

    ReplyDelete
  5. Comel! Aaaa so nakal and comel! Boleh kawan dengan kucing saya Shawn hehe

    ReplyDelete
  6. cop mohor besar penjaga rumah tu ammi oi hahahha... jangan buang tu ammi biar jd tanda hehehehe

    ReplyDelete
  7. 🤣🤣🤣🤣🤣. Ya Allah lucunya si apil. Bisa2 nya melekat lalat di perut dia yaaa 🤣. Nasib baik dia tak tidur di perangkap tikus kak , 😄

    ReplyDelete