Kami dah plan for another camping trip bulan December nanti sebab anak-anak dah mula rasa seronok nak berkhemah. So, disebabkan itu, kita decide untuk beli jelah satu set khemah supaya senang. Bukan semua campsite ada sediakan khemah untuk disewa. Kalau sewa dari orang pun harga macam tidur hotel, baik tidur je kat hotel. Kitorang cari khemah yang "auto" je sebab tidaklah kami (terutamanya ammi) ada kesabaran nak pasang khemah, cucuk sana cucuk sini.
Yang auto memang agak mahal sikit tapi kalau lebih memudahkan bukankah lebih bagus. Mulanya nak ambil brand satu lagi yang agak popular dikalangan campers kelas pertengahan. Harga dalam range RM1.4k gitu.
Tapi ammi cari dan cari dan cari...ehhhh jumpa satu brand ni kat shopee. Nampak quality wise, spesifikasinya semua sama dan setanding dengan brand Naturehike. Brand NH ni agak mahal. Logo pun dah lebih kurang sama. Tapi harga jauh berbeza. Dari kilang yang sama mungkin.
Tanya kat sifu campers iaitu sepupu dan abang ipar ammi dorang kata onzzz.
Lepas campur postage, dapat segala mak nenek voucher tu semua ammi cuma bayar RM966 je. Jimat banyak tu dari khemas asal yang ammi plan nak beli tu. Bila dah bayar tu terus ammi menggigil korang. Rasa macam kena anxiety gitu. Pegang phone nak type pun tak boleh. Malam kitorang keluar dinner, ammi nak sudukan makanan ke mulut pun shaking lain macam. Dalam hati dok pikir, eh betul ke aku order? Ke kena scam.
Padahal sebelum beli ada je ammi chat dengan seller, ammi check buyers review satu-satu yang semuanya bagi good review, tapi ntahlah hati ni macam berkata-kata. Malam nak tidur pun tak lena. Choooiii betul. Lepas dah order tu, ammi check kat Facebook, eh tak ada pun orang buat group guna khemah dari brand ni. Brand lain banyak je group. Lagilah gigil.
Tapi nak sedapkan hati ammi pun macam "it's ok, kalau by the date yang dijanjikan which is 9 October barang tak sampai, ammi akan cancel order dan request for refund".
Hari Sabtu walaupun gigi sakit-sakit manja, memandangkan bajet asal adalah RM1,500 dan ada lagi RM500 boleh spend untuk barang khemah, jomlah kita cari accessories yang lain. Kalau dok rumah nanti ammi terpaksa melayan sakit gigi ni. Pergi dengan along ammi sekali sebab dia pun nak topup few barang.
Asalnya nak beli khemah dari jenama ini...tapi dah terbeli jenama di atas tadi tu makanya kita tunggu jelah. Masuk kedai ni ammi pening sebab susunannya kelam kabut. Banyak barang dalam kotak. Kurang barang display gitu. My brain can't function. Hahaha.
Kedai ke-2 kami, juga di Cyberjaya.
Masuk sini damai sikit pandangan. Semua cantik tersusun elok.
Geram je tengok semua accessories untuk berkhemah tapi kita beli yang penting-penting je. Belum level ammi lagi nak beli dapur masak cenonet dengan harga RM300++. Kita pakai dapur bodoh-bodoh je yang selalu guna kalau nak masak stimbot tu. Janji kenyang keluarga ammi.
Di kedai ni adalah ammi terbeli satu "Net Table" untuk letak dapur yang boleh dilipat-lipat. Tengok kualiti semua bagus, kukuh, harga cuma RM88 makanya jomlah kita beli.
Next, lepas lunch dan solat Zohor kami gerak ke kedai ke-3 pula.
Kedai ni terpaling berhantu. Banyak saka weeiiii.
Beli ropes, extra pegs macam yang dinasihatkan oleh sifu. Ehhh terbeli juga set meja lipat untuk kami melepak makan-makan.
Set meja gini.. dipanggil Set Kermit. Ada meja dan 4 foldable chairs. Harga lepas diskaun dalam RM250. Beli lampu untuk dalam khemah. Beli apa lagi eh? Lupa lah pulak dengan harapan khemah sampai dengan jayanya.
Total spent dikedai berhantu ni lebih kurang RM361 je. Sebab tulah berhantu, barang dia semua ada pastu harga murah dan berkualiti (yang ini kata si sifu tulah).
So, masih berbaki uolllsss bajet RM1,500 tu.
Khemah yang diorder entah dapat entahkan tidak, kalau sampai pun entah betul ke ikut spec yang dijanjikan. Tapi accessories ko dah gigih membeli. Sharmila oh Sharmila.
7 Comments
Alamak akak yang abca ni plak yang sedikit seram...husnuzon je semua tu ok dan cepat sampainya
ReplyDeleteMoga khemahnya dapat la nanti Ammi. Wahhh kalau nak berkhemah haruslah mencari aksesori semua ni kan.....
ReplyDeleteInsyaAllah sampailah nanti khemah tu....
ReplyDeleteKalau wak tak berani beli barang mahal2 kat atas talian
ReplyDeleteWaaahhh...semangat ni. In sya Allah ....sampai khemah tu, nanti update tau....kami pun suspen jugak ni
ReplyDeleteWah, jenama village tu dah ada auto tent ye. Best tu. Kiteorang ni sejak suami sakit belakang hari tu dah tak pergi camping lagi. So barang2 khemah yg tu dah jadi tukun je kat rumah ni hehe.
ReplyDeleteJgn lupa beli kipas gantung dlm khemah jugak Ammi. Baru syok tido.
Aisssh tak sabar baca pengalaman kakak kemping nanti pakai tenda baru 😄😄👍. Kalo beli shoppee harusnya aman lah kak. Yg penting video unboxing ada, bisa kita minta klaim refund kalo ternyata tak sesuai.
ReplyDelete