Perkara yang paling ditakuti adalah bila kau beli barang online dan barang yang sampai tak mencapai spesifikasi.

Dari hari Jumaat, lepas ammi order je khemah tu hati sentiasa dup dap.  Yelah, tak pernah ammi beli barang online harga lebih RM300 rasanya.  Setiap hari check status.  

Ammi dah inform awal-awal kat along ammi, kalau barang sampai silalah datang rumah dan unboxing sesama.  Kalau barang tak ok ammi tak bagi Shopee release payment dan akan minta refund.  Tak husnuzon langsung.

Hari Ahad, dapat message dari adik Shopee.  "Maaf Puan, barang terlalu besar, kereta tak muat.  Esok saya akan hantar".

Hari Isnin pagi ammi ke klinik gigi.  Ammi balik tengok pintu kayu depan siap berkunci.  Masa ammi keluar ammi sekadar kunci grill dan pagar luar je.  Rupanya Khilfi yang kunci sebab dia terima barang itu.




Ok...bab delivery lulus.  Saya tidak di"scam".  Nanti masa unboxing baru kita tau keadaan sebenar.  

Petang datanglah sifu-sifu ammi.  Abang ipar dan sepupu ammi.  Ayat pertama sepupu ammi "kain dia ngammmmm".  Ammi dan abah memang amatur sangat-sangat bab khemah ni.  Sifu kata ok, kitorang ok je.


First time buat time-lapsed video ni.  Meja agak rendah dan tak cukup space nak buat video penuh.


Material lulus cemerlang katanya,  size lulus jugak.  Kualiti mantap dan sama macam brand yang famous itu.  Ini kategori ciplak sebijik sebijon ni.

Ahhhhh leganya hati ni.  Terus tangan tercapai pisang goreng yang abah beli untuk jamu tetamu dipetang hari padahal gigi baru lepas dicabut.


Anak berkaki dua excited keluar masuk khemah, anak berbulu lagilah.  Risau je kuku dia mencengkam.  Tak pasal-pasal bocor nanti khemah


Sifu-sifu ajar cara nak pack balik.  Memang senang.  In less than 15 minutes dah siap setup khemah.  Boleh tahan berat ye bag ni...dalam 20kg gitu.

Sepupu ammi siap cakap "ni ada juga ko dah siap goreng kopok lekor khemah aku belum siap pasang lagi ni karang"... hahahha.

Alhamdulillah.  Bolehlah ammi bagi review dan release payment pada seller.  


Terus dia sayang-sayang kita wak sebab bagi good review.

Dia sebenarnya nak bagi review lepas dah bebetul pacak dan dah bebetul hadapi suasana panas, hujan ribut.  Tapi kita tak berkhemah dalam masa terdekat.  

So, saya recommendlah juga pada new campers yang nak mencari khemah.  Boleh je beli dari brand ini.  Walaupun namanya tidak segah, tidak sebaris dengan Coody, Naturehike, Vidalido dan lain-lain tapi untuk permulaan buat mereka yang berbajet kecik macam saya boleh je cuba.

Nanti ammi cuba kongsi tips memilih khemah untuk amatur ye.  


Beginilah nanti rupa khemah ammi bila dah dipacak betul-betul diatas tanah.  

Kat gambar iklan ni satu je yang tak berapa nak betul adalah...katanya 5000mm PU.  Sebenarnya PU body dalam 3000mm dan PU outer layer tu dalam 2000mm. Jadi bila total memanglah jadi 5000mm.  Bukanlah body 5000 outer layer 5000mm.


Ammi lupa pulak nak ambil gambar dalam khemah.  Ruang sempit nak lalu dan menyibuk ambik gambar.

Terus rasa tak sabar nak berkhemah.  Terus tengiang-ngiang lagu ni.


Berkemah
Berkemah
Berkemah sama si nopal
si nopal
si nopal
anaknya bahenol
bahenol bahenol bahenol bahenol
bahenol yieeehhhhh...