Hari ini gigi agak tak bekerjasama. Dari Selasa actually, geraham bongsu belakang tu macam "acting up" sikit.
Tapi makan tetaplah kena makan. Dah alang-alang ambil gambar breakfast sekarang ni jadi kita up jelah buat tambah posting pada blog yang sendu ni.
Hari Isnin - makan korean wrap beli di satu kiosk di CM. Elok je ada buih-buih kopi ammi. Ammi guna susu baki susu Anlene.
Selasa makan je roti yang Ozil bawak balik dari surau. Dia bukan penggemar roti jenis manis-manis gini. Abah lagilah. So ammilah "terpaksa" makan. Kalau ada Kyra mungkin ammi tak perlu lalui penderaan ini.
Uiiiii memang manis. Sampai tak termakan. Minum juga kopi letak susu full cream. Kalini ammi guna Dutch Lady je sebab Anlene dah tak ada kat shelf kedai tu. Tapi dah tak ada foam. Oohhhhh susu DL memang tak mengeluarkan foam ke apa walaupun di"whisk"?
Hari Rabu - ammi bawak scramble eggs dari rumah dan makan dengan roti yang ammi memang dah beli dari hari Isnin. Sapu butter sikit, layan jelah.
Tiramisu dari Selasa kita bawa ke Rabu sebab tak larat ammi nak makan. Tapi masa breakfast pun ammi tak sentuh sebab macam kenyang. Tiramisu tu ammi makan petang sebelum balik kerja je sebab semalam memang hari bizi ammi. Menghadap document sampai rasa nak muntah.
Hari ini...ammi bawak telur mata kobau dari rumah. Sampai office kita potong-potong dia dan letak je atas roti.
Coffee tu tadi masa buat bukan main foamy lagi, kejap je kena angin ehhhhh hilang foamnya.
6 Comments
Menarik pulak bila Telur Mata tu dipotong-potong ye...boleh trylah next time...
ReplyDeletesemua pun sedap tu ;)
ReplyDeletewah...rajin la tu ammi buat breakfast mcnie..walaupun simple tapi sedap kenyang...
ReplyDeleteMenarik sebab simple je
ReplyDeletedap dap....alhamdulillah
ReplyDeleteSukaaa liat roti sourdough yg kakak bawa 😍😍.
ReplyDeleteJenis susu memang berpengaruh utk membentuk foam pada kopi kak. Biasanya susu full cream, paling bisa buat foam .
Selain jenis susu, suhu dari susu tersebut juga berpengaruh. Sebaiknya susu dingin memang. Saya belajar dari kakak ipar saya yg barista. Saya pun kalo buat sendiri jarang foamy. Tapi kakak saya yg buat, sedap, creamy dan busanya banyak 😄. Skill mengaduk saya rasa juga ambil peran 🤣