Hari minggu lepas tetiba ammi dapat message daripada bank dekat handphone.  Katanya device ammi dah no longer binded dengan sistem bank.  Ngerilah pulak.

Akaun tu mmg owned by ammi tapi ada 3 akaun kecil untuk anak-anak.  Basically duit raya anak-anak dari kecik semua memang masuk ke situ.




Hari Isnin sampai office ammi pun cubalah login masuk guna desktop.  



Tak boleh jugak korang.  Access deactivated katanya.  Ngeri betul.  Duit anak-anak tu.  Janganlah kena hack dengan sesapa.

Ammi call terus bank, dan lepas dia verify dengan sebegitu banyak soalan dia kata access deactivated sebab tak ada transaction for more than 6 months.  Ala dikkkkkkk.... ini akaun saving je pun.  Nama pun saving jadi memang takde guna untuk pengeluaran ke apa bagai.  Semua transaksi hanya masuk, masuk dan masuk je.  Masuk pun setahun sekali sebab raya pun setahun sekali je.  

Dan kata officer tu, akaun Kyra & Khilfi dah patutnya dibuka berasingan sebab dorang dah above 13.  Ohhhh i thought up to 18 sebab akaun ASB dedulu sampai umur kita 18 masih bawah nama mak kan.  My bad.

So solutionnya, ammi dah suruh dia activate semula.  Dan mungkin ammi akan bukakan dorang akaun TH je lah lepas ni.  Anak-anak ammi belum ada akaun TH pun lagi.  Buka TH pastu tutup je akaun dengan bank ni kan.  Banyak-banyak bank pun buat apa.  Buat pening je sok lusa kalau ammi ni dijemput Allah.