Sepanjang hampir 3 minggu boss tak ada ammi ni tak banyak sangat pun kerja kat office. Kerja-kerja yang ada ammi dah siapkan awal-awal dan tu yang kalau korang perasan ammi komen kat blog-blog korang. Gigih ammi blogwalking.
Tapi tak adalah makan gaji buta je BW sepanjang hari. Mana file yang dah selesai kita akan close dan simpan dokumen yang perlu. Lepas dipastikan kita ada softcopy tiap dokumen, fizikal dokumen bolehlah dilupuskan. Office ammi bukan besar nak simpan file sampai bertahun-tahun. Kitorang simpan softcopy je.
Papers yang boleh dibuang tu tidaklah boleh dibuang gitu sahaja. Kenalah shred dulu biar segala info tidak bersepah merata.
Ada shredder machine tapi ehhhhh dia mogok pulak dipertengahan. Padahal bukan ammi pakai terus menerus pun. Sudahnya kita koyaklah slow-slow secara manual je.
Hasilnya tidaklah sehalus guna shredder tapi oklah tu. Sapa pulak yang rajin nak buat kerja cantum2kan kertas yang dah dikoyak demi mendapatkan maklumat. Ini bukan dokumen pejabat Perdana Menteri. Ahakss.
Koyak sambil melayan cookies ni. Pastu ko komplen ko tak kurus-kurus.
Sambil koyak, sambil makan cookies sambil menonton. Perghhhh mantap. Nikmat mana yang perlu kau dustakan.
Tengoklah drama viral ni. Menyakitkan hati je ngan si Intan & Haikal ni.
Pastu ko layan juga drama yang satu ni pulak... sebab drama di atas tak masuk lagi episod baru.
Ini kisah ibu tumpang. Baru 2 episod ammi layan. Dah kurus dah Shah Jazzle ni, dulu macam dah bulat je mukanya.
Banyak lagi wooo nak dishred. Nanti boss balik mintaklah dia bawa balik machine tu ke kedai yang dia beli tu. Masih dalam warranty lagi
6 Comments
Saya sangat suka guna mesin shred ni hahaha
ReplyDeleteMacam best je kerja kat ofis Ammi ni, ada vacancy tak? Haha...
ReplyDeletesama macam mesin shred kami kat opis...industrial shredded konon tapi asyik la rosak..ntah apo2..akak x layan dua- dua drama tu...
ReplyDeleteMesin shred ni kadang derang shred kertas warna-warni untuk letak dalam hadiah. Bukan la dokumen yang penting camni.....
ReplyDeleteDah keluar ke citer Aliff Aziz & Ruhainies kat Iqiyi tu?. Senyap je eh...
selalu tgk shredder hasilnya halus mcm bihun ni tp ni versi kue tiau pun ya hahahaha
ReplyDeleteSaya paling sebel kalo part shred kertas ini 🤣🤣. Berhubung memang dulu saya di Bank kerja, JD banyaklah dokumen nasabah yg memang wajib dishred. Sampai ada SOP , kalo hasil shred wajib yg micro cut agar data yg dihancurkan tak bisa disambung balik. Astaghfirullah 🤣🤣🤣. Sampai kesana SOP nya dibuat. Apalagi pernah kena findings dari audit, Krn hasil shred tak cukup halus. Langsung ganti mesin shredder 😄
ReplyDelete