2 minggu sudah ammi ada share yang ammi beli barang basah online untuk shake ammi di office. Ammi ni adalah beli buah pisang kaki.
Buah ni ada 4 biji dalam sebekas. 2 biji ammi bawa balik makan sesama kat rumah dengan anak dan suami. Yang lagi 2 ammi tinggal kat office, kononnya nak makan bila lapar. Setiap hari ammi buka peti ais office sebab nak ambil susu dan setiap kali tu nampak buah ni. Dalam hati macam kejap lagi nak potong. Kejap lagi lah. Tapi lepas minum shake tu tak pulak terasa lapar dan terus jelah buah tu duduk bertapa dalam fridge.
Semalam baru ammi macam, baik potong buah dan letak atas meja pepagi sebelum terlupa. Sekali bila pegang dah benyek sikit belah bawah buah tu.
Tapi gigih jugaklah ammi belah dengan pisau yang tumpul kat office ni.
8 Comments
Benyek pun benyek la...asal jangan membazir udah :)
ReplyDeletepisang kaki ni kalau makan elok masa crispy2 tu. dah benyek pun takpela, asal tak membazir. yg penting rasanya masih elok :D
ReplyDeleteTapi saya suka pisang kaki yg jenis lembik ni..manisssss🥰
ReplyDeletePertama kali dengar buah benyek
ReplyDeleteMakannn...jangan buang...bazir buah tu mahal...
ReplyDeleteBenyek ke penyek tak kesah la kan janji makna tersampai hahaha.. pisau kat ofis mmg hurmmmm.. kalau ada yg beli buah tu.. Mmg struggle nak memotong
ReplyDeleteMZ tak pernah mkn la buah ni wpun tahu wujud buah ni
ReplyDeleteNamanya pisang kaki kak? Tak pernah dengar juga. Kalo lihat foto tadi saya pikir tomat ,😄
ReplyDeleteSaya kalo buah yg terlalu benyek, agak tak suka sebenarnya. Macam pisang kalo dah lembek sangat, prefer saga buat pancake pisang atau cake pisang. Tapi memang lebih effort lagu buatnya ya 😄