Hari Jumaat lepas ammi kerja.  Dah 3 minggu rasanya ammi kerja di hari Jumaat sebab boss ammi sedang berada diluar negara.  Datang pun sekadar nak pastikan tak ada orang datang nak serve document or apa tapi memang dah tau tak ada apa sebabnya banyak kerja yang boss dah postpone hingga dia balik.  

Dalam pukul 1.30 camtu ammi dengar bunyi guruh kuat, tengok luar ehhhh dah gelap gelita.  Kita zohor le cecepat pastu marilah kita bergerak pulang.  Kalau tak gerak sekarang mau harga grab nanti jadi harga yahudddd je nanti.  Masa tengah tunggu grab tu hujan turun bukan main lebat lagi.  Nasib baik kita dah lock awal.

Lebih kurang pukul 2.10petang camtu ammi dah sampai di MRT dan ammi macam eh cepatnyalah pulak.  Nak buat apa ni?  First bus ke Seremban kalau tak pukul 4 pukul 4.30 baru ada. Itupun bergantung pada uncle yang menjaga tiket tu.  Cepat fikir otak, cepat.

Dalam MRT baru macam, tingggg, dapat idea kita stop kat Bukit Bintanglah.  Pastu kita jalan gi Sg. Wang gi buat foot scrub.   Dah sampai stesen MRT Bukit Bintang, ammi pun lupa exit mana nak keluar.  Ada yang ke Bukit Bintang, ke Sultan Ismail, ke apa lagi satu ntah.  Sekali bila dah keluar, aisehmannnn nak kena melintaslah pulak.  

Kalini ammi cuba pergi kedai lain pulak.  Taknak ammi ke kedai foot scrub yang dulu tu yang buat ammi hampir tergolek dalam bilik air.  Dan budak tu pun buat ala kadar je.


Keluar je dari tandas level bawah terus jalan sikit dah nampak kedai ni.

Harga semua kedai lebih kurang sama je, jadi kita on jelah mana-mana kedai.  By the way, harga foot scrub adalah RM60.00 katanya kalau buat pedicure sekali jadi RM80 je.  Ehhh tak payahlah pedicure bagai.  Kita licinkan tumit dan tapak kaki je udah.


Rendam-rendam kaki dulu.


Kemudian dia 'marinate' jap dan balut pakai plastik wrapper ni.  Ahakss...lepas tu barulah dia sental, dia sagat ntah apalah dia buat.  Boleh pulak ammi tertidur.  Dan budak kalini baguslah.  Dia teliti tengok semua bahagian.  Mana yang dia tak puas hati dia sagat lagi sampai licin.

Selesai di sini takde kemana-mana terus je naik MRT semula ke stesen sebelah je dan gerak ke Pudu Raya.  Hujan-hujan ni jalan confirm jam tapi sempatlah ammi Asar di Seremban sebab masa naik bus tu belum azan pun lagi.