Hari Jumaat lepas ammi kerja. Dah 3 minggu rasanya ammi kerja di hari Jumaat sebab boss ammi sedang berada diluar negara. Datang pun sekadar nak pastikan tak ada orang datang nak serve document or apa tapi memang dah tau tak ada apa sebabnya banyak kerja yang boss dah postpone hingga dia balik.
Dalam pukul 1.30 camtu ammi dengar bunyi guruh kuat, tengok luar ehhhh dah gelap gelita. Kita zohor le cecepat pastu marilah kita bergerak pulang. Kalau tak gerak sekarang mau harga grab nanti jadi harga yahudddd je nanti. Masa tengah tunggu grab tu hujan turun bukan main lebat lagi. Nasib baik kita dah lock awal.
Lebih kurang pukul 2.10petang camtu ammi dah sampai di MRT dan ammi macam eh cepatnyalah pulak. Nak buat apa ni? First bus ke Seremban kalau tak pukul 4 pukul 4.30 baru ada. Itupun bergantung pada uncle yang menjaga tiket tu. Cepat fikir otak, cepat.
Dalam MRT baru macam, tingggg, dapat idea kita stop kat Bukit Bintanglah. Pastu kita jalan gi Sg. Wang gi buat foot scrub. Dah sampai stesen MRT Bukit Bintang, ammi pun lupa exit mana nak keluar. Ada yang ke Bukit Bintang, ke Sultan Ismail, ke apa lagi satu ntah. Sekali bila dah keluar, aisehmannnn nak kena melintaslah pulak.
Kalini ammi cuba pergi kedai lain pulak. Taknak ammi ke kedai foot scrub yang dulu tu yang buat ammi hampir tergolek dalam bilik air. Dan budak tu pun buat ala kadar je.
7 Comments
Pandai Ammi cari aktiviti to kill the time 👍🏻
ReplyDeletewaa teringin la nak buat jugakkkk
ReplyDeleteNyamannya dapat scrub kaki dalam suasana macam tu ^^
ReplyDeletesaya kalau sorang2 mau mati kutu,tak tau nak ke mana
ReplyDeleteHuh..syoknya orang belai kaki...memang lena
ReplyDeleteIsssh dah lama tak meni Pedi 😅🤭. Jadi teringin juga. Kalo dah mENI Pedi nih, langsung rasa tak nak sentuh cucian piring di dapur 😂😂.
ReplyDeleteKalau akak pun akan buat benda yang sama macam Ammi..prgi la mana- mana dulu to kill the time
ReplyDelete