Selalunya hari bekerja ammi balik lauk dah siap terhidang.  Jadi tang mengemas selepas dinner tu ammilah tak over sebab yang lelaki-lelaki nanti nak Maghrib di surau.

Ada masa lepas Isyak baru dorang balik, ada masa balik awal.  Ikut juga pada keadaan "perut" masing-masing.  Bila ada panggilan "rasmi" tu makanya abah confirm start motor balik punya.  Lebih indah memerut di rumah gamaknya.

Masa ni ammi dah siap mandi, solat bagai dan tengah santai-santai di sofa.  Dorang pun balik.  Ammi tengok...ehhhh apalah rupa anak bujang ammi ni.


Terkejut bila ammi panggil nama suruh pusing.  Hahhaha... nak kata rappers bukan, pak imam bukan.


Jubah pun dah senteng.  


Pakailah apa pun janji solat jangan tinggal.  Tasbih kat tengkuk tu jangan dibuat hiasan semata je....


Ni jubah masa dia darjah 6.  Dulu pakai bukan main labuh tapi ketat sikit diperut.  Ala-ala...rindunya dengan pipi bulat dia ni.