Bila tak ada idea kita up story pasal masak-masak. Bukanlah story apa yang ammi masak, tapi apa yang abah masak. Kata nak appreciate effort suami masak, jadi kita upkan diblog.
Time dia rajin, tiap hari dia masak. Ada masa dia malas, masa jemput ammi nanti abah cakap "kita makan kat luar je malam ni". Apa-apa je janji saya makan. Hhahhaha..bukan nak cakap janji kita semua makan, "janji saya makan". Dasar selfish seketul Sharmila ni.
Tak tau mana satu masakan yang mula di masak sebab ammi pun dah lupa. Malas pulak nak check timeline dalam google photos tu.
Abah buat masak lomak pucuk ubi, sambal terung campur pedal dan telur dadar. Besar-besar bawang dalam telur tu. Kalau ammi buat senipis dan ammi diced kekecik je bawang. Ni kalau Kyra ada sama confirm dia tak usik telur dadar ni.
Ini terpaling kagum. Balik kerja buka tudung saji nampak ada kerabu mangga, terasa sangat tercabar ni. Ammi pun tak pernah buat. Sup tu sup ayam siam katanya.
Talapia stim dan sawi goreng. Tak tercapai akal ammi bila abah letak kacang panjang masa stimkan ikan tu. Ikan tu siap goreng dulu pulak tu. I confuse disini tapi I makan je diam-diam. Cukup pedas, masin tu kira oklah tu.
Sup suhun, ayam apa entah, siew pak choy sos tiram dan sambal gesek. Ini menu terpaling ngam dan matching
Ini ammi ingat. Ini lauk hari Isnin. Sup suhun bersama meatball dan crab fillet, ikan kaci balado. Ikan goreng tu Alip punya.
Khilfi nak balik asrama semula dah hujung minggu ni. Katanya "kat asrama nanti abang dah kena mula balik suku suku separuh abang. Kat rumah abang dah gagal".
Hahhaha...sila salahkan abah kamu.
13 Comments
Dahsyat jugak air tangan abah ni, kecur kita dibuatnya tau, Ammi. Time rajin aje terus 3 4 lauk sekali masak ya.
ReplyDeleteAmmi upload gbr guna google photo ke? Kita tak nak guna google photo dah sbb suatu masa dulu semua photo yg upload dr google photo dlm blog semua hilang.
Mcm2 menu tu...kemain bawang dlm telur tu ye ...Tisya pun kalo ada bawang mmg tkla dia nk mkn telur ..tp die suka maknyah yg goreng dr ayah dia haha..mmg rare menu ikan stim tu goreng dlu hehe
ReplyDeleteYa Allah kagumnya kita dengan abah....saya hari bekerja mmg mampu masak 1lauk je sehari,sekali harung situ la sayur situ la lauk
ReplyDeletemenyelerakan.....
ReplyDeleteWow sangat ni 👏🏽
ReplyDeleteHebat memasak suami Ammi 👍🏽
Kerabu mangga tu, saya pun tak pernah buat 😄
wahhh..tabik la abah niii...
ReplyDeletealhamdulilah...rajin abah masak2..meriah plak tu, mcm2 ada
ReplyDeleteFuhhhh air tangan abah kemain sedap nampaknya ni Ammi. Pandai abah masak.
ReplyDeleteSaluuut saya kalo suami pandai masak nih 😄. Sangat menolong bagi istri apalagi yg tak suka masak macam saya. Tp sayangnya suami Aya lebih parah skill masaknya dibanding saya 🤣🤣
ReplyDeleteJadi tak payah suruh dia masak 🤭
Dan lumayan sangat menu2 yg dimasak suami kakak. Saya pun sebagian besar tak bisa buat 😅
waaa impressive la! mcm kat kedai dah tuuu
ReplyDeleteApesal la abg haidy awak tu x macam ni..hahaha....ntah2 pandai masak tapi x tunjuk skill erk?
ReplyDeletewow.. nak alamat ar.. nak join makan sekali
ReplyDeletewahhh semuanya sedap2 belaka
ReplyDeleteboleh buka resto ni