Hari Khamis minggu sebelumnya adalah hari yang menduga betul. Kerja-kerja hakiki ammi tu kita tolak tepi, kita memang dibayar gaji untuk selesaikaj kerja tu. Tp ini hari yang menduga sebab ammi perlu deal dengan Grab rider yang super rude dan tak bertanggungjawab.
Kisahnya, pagi dalam jam 10 lebih lepas ammi pastikan recipient ada dipejabat ammi pun arrange for 1 document to be sent to him. Dapat rider dan kejap tu dia call ammi “lagi 3 minit saya sampai, tunggu dibawah”. Oh serius nadanya… tapi ok je.
Ammi turun dan ammi yg tunggu dia. Fine. Pastu nampak sebijik motor grab sampai, ammi tengok bukan nombor plat mcm dalam sistem so I just ignore. Kejap tu dia call “saya dah lama tunggu kat bawah”. Dan ammi jawab “saya ada depan awak”.
Rider: Lama saya tunggu.
Ammi: Saya pun lama juga tunggu awak. Kenapa nombor motor tak sama mcm dalam siatem? Mana saya tau itu awak.
Dia senyap je ambil gambar dalam berlalu.
Kejap tu dalam 8 minit lepas dia pick up dokumen dia call lagi...
Rider: Kenapa bangunan ni masih tutup? Pintu pun tak buka?
Ammi: Bangunan tak buka atau pejabat recipient tutup?
Rider: Saya kat bawah, tak boleh naik sebab pintu bangunan tutup. Macam mana saya nak naik? Awak boleh faham tak? (Biadap nau ayat ko dik)
Ammi: Sekarang dah pukul 10 lebih takkan bangunan menara pejabat tak buka lagi? Tak ada security ke kat lobby?
Rider: Tak ada, cermin hitam saya tak nampak apa pun kat dalam. (Cara cakap dia macam stress nau bunyik)
Dia letak phone, kejap tu dapat notication kata document completed. Check gambar dia campak kat pasu bunga mana ntah.
12 Comments
memang rude dan boleh membuatkan naik darah tinggi lah gini perangainya...syukur dpt jugak setel masalah antar document tu...risau takut hilang ke apa kan
ReplyDeleteYa Allah, kita turut menyirap baca!!
ReplyDeleteNak kerja tapi macam ni pula ya. Kejar trip ke apa?.....tak berkenan juga dengan orang yang tak ada adab.
ReplyDeletePart gertak tu memang kelas.
ReplyDeleteKecut lutut dia.
Saya sokokng bagi rate rendah.
ReplyDeletenieyl baca ni pun panas hati niiii....
ReplyDeletetak beradab...
Ye betul...kadang ada je rider yang biadap..memang kalau dah kurang ajar macam ni...ko nak sangat ke periuk nasi ko tertutup...
ReplyDeleteyg baca ni pun menyirap darah..geram rasa nak hempuk kpala rider tu
ReplyDeleteMemang boleh menyebabkan 'my blood go upstair' kalau berurusan dengan orang yang biadap ni. Sabar jer la...
ReplyDeleteeh...parcel tu dokumen kot...tak bertanggungjawab betul rider nie...linda yang baca pun geram je rasa..
ReplyDeleteYang baca ni pun panas hati.
ReplyDeleteIkut emosi pun bacanya. Saya kalo dpt driver kurang ajar macam nih, bukan hanya rating paling rendah, saya komplain juga ke CS mereka.
ReplyDeleteMemang tak tahu sopan. Kalo tak nak kerja macam tuh, jgn JD driver grab. 🙄