Ini kisah makan-makan ammi di office minggu lepas.
Hari Isnin ammi berIF, dah sekitar jam 11 camtu tekak teringin nak makan nasi ayam penyet. Pergi ke Grab mencari ehhhh bapak mahal harganya. Jadi kita ke Shopee Food pulak. hahahha..mujur dapat. Total termasuk duit rider baru dalam RM14 gitu.
Ayam sedap, tapi sambal dia tak pedas langsung dan nasi pun lembik sangat-sangat. Kalau Alip dia suka sangat dah ni sebab dia memang penggemar nasi lembik. Tapi dah itu rezekinya kita makan jelah sampai habis. Alhamdulillah.
Ammi kan memang dah ajar Alip cara masak nasi. Ammi cakap kalau suka guna cawan tu air pun guna cawan yang sama tapi kali 2 sebab ammi guna beras basmathi. Ada sekali tu nasi memang lembik gila. Ammi tanya dia letak air berapa...dia kata 5 cawan. Ok dah betul. Tapi dia sukat pakai cawan A (size cawan Ikea tu) tapi dia sukat air pakai pakai cawan lain. Pastu ayat dia "alip mintak maaf, tapi sedap kan nasi lembik macam ni".... ehhhh baru mintak maaf tapi pastu nak mendefend diri.
Esok paginya (hari Selasa), ammi naik bus dari Seremban duduk sebelah kawan ammi. Sebelum bus gerak tu kami borak-boraklah sikit dan seperti biasa bus dah gerak jom kita bobom. Dah bangun tu kan kawan ammi cakap "apa yang ko letih sangat ni La sampai berdengkur tido?" ... Hahhaha..tanjat ammi. Ye ke weiiiiii malunya.
Disebabkan ammi berdengkur ammi rasa itu trigger ammi lapar teruk. Ahaksss... jadi terpaksalah ammi beli sarapan pagi.
Makan nasi lemak letak sambal paru dan telur mata. Pastu buatlah segelas Latte guna sachet yang boss bawak haritu.
Adakah ini penyebab ammi kena serangan vertigo semula sebab minum pagi, petang tu ammi kena di office.
Hari Rabu cuti.
Hari Khamis kembali minum shake bersama makan buah pisang kaki benyek itu.
2 Comments
biasa org dengkur ni ..penat sgt tp ammi plak lapar ye...elok la dpt mkn nasi lemak lauk paru tu
ReplyDeletenampaknya Alip boleh geng dengan dana, suka nasi lembik sikit hehehe. Dana nampak nasi akak tu macam helok je tak lembik... mesti akak peminat nasi berderai kan.
ReplyDelete