Hari Jumaat Abah malas nak masak so dia ajak makan di Senawang je. Kakak ipar kata ada kedai yang jual lauk set semurah RM33 je di Taipan 2 Senawang. Set macam kedai tomyam yang ada nasi, tomyam, sayur, telur dadar dan ikan. Kira murahlah tu. Jomlah kita try.
Ammi pilih set B - RM33.
Patutnya untuk set B ni ikannya, ikan siakap 3 rasa. Tapi ammi taknak 3 rasa, ammi pilih balado (ini menu set A).
Dalam set asal ni ada Ikan Siakap 3 rasa, taugeh goreng, tomyam campur, telur dadar dan nasi 2. Air boleh pilih either teh o ais or sirap ais dan free flow.
Alip order daging goreng kunyit sebab dia buat ayat drama dia "alip macam dah lama tak makan daging"... ishhhh kesian betul. Siapalah mak ayah budak ni.
Kakak ipar pulak pilih set C kot...harga dalam RM39.
Khilfi nak makan nasi goreng USA. Tapi apa pasal dia ambil gambar gi tutup kamera belakang?
Rasanya, biasa-biasa je. Ikan balado tu pun tak pedas langsung dan rasanya more to lauk orang berpantang. Korang pernah tak makan lauk yang ada letak black pepper pastu air asam jawa masa pantang? Gitulah rasanya. Ikan stim kakak ipar pun ammi rasa biasa-biasa je.
So, nak repeat lagi ke lain kali? Mungkin taklah kot. Tapi ini ikut tekak ammi, tekak orang lain mungkin sedap je cuma di tekak kami suami isteri tak berapa nak kena gitu. Kalau dari segi tomyam memang sah tomyam di Imani Seafood jauh lebih sedap.
Tapi tak apa, tak cuba kita tak tau.
Kedai apa? Taknaklah cakap, nanti kata kita tutup periuk nasi orang pulak.
5 Comments
my hubby suka la lauk2 gini..kami kerap mkn menu gini..akan repeat kat mana2 tempat yg mknnya kena dgn tekak
ReplyDeleteBerbaloi sangat harga tu Ammi..Nampak sedap dan boleh makan ramai...
ReplyDeleteTahun lepas saya sempat beberapa kali makan nasi & masakan Thai sedap kat BTS ...kaSunny Kuew Teow kat corner lot deret Hotel Crystal..Ammi tau dak dwpa dah pindah ke mana?
Eh..baca entri lain baru perasan Ammi dah pindah ke Seremban dah ke? Dah tak tinggal kat BTS dah ke
ReplyDeleteHahahahah langsung tak tega Alip ngomong begitu kan , 😅😅. Memang lah anak lelaki kdg suka drama, ðŸ¤.
ReplyDeleteTak apa kak. Saya pun kalo ketemu restoran tak sesuai selera, menyesal pasti tak. At least kan dah tahu rasanya. Tak penasaran lagi.
Ayat last tu macam tau je kat kedai mana...apakah kedai itu?hahahaa...so jangan mention ye....
ReplyDelete