Minggu lepas sampai dah botol kedua meal replacement ammi ni. Botol pertama ammi order bulan June kalau tak silap. Botol ke-2 haha selepas 5 bulan. Mana nak kurus kalau camni gayanya.
Yelah, lepas kene gastrik haritu memang ammi stop buat IF. Bila stop maka setiap pagi ammi akan breakfast. Bila dah breakfast tengahari kadang-kadang je ammi buat shake ammi, itupun kalau terasa lapar sangat. Biasanya kalau dah heavy breakfast ammi memang tak lapar sangat pun. Ada masa tekak gatal nak makan macam-macam so kita order je.
Dah dekat 2-3 minggu start IF semula dan nampak macam ok je. Semoga tak datang baliklah gastrik ni.
Biasanya shake ammi akan ada pisang. Sebab pisang memang boleh mengenyangkan. Walaupun sebenarnya pisang elok dimakan begitu je tapi sebab kalau dah membeli takkan nak dibiarkan gitu je kat pantry. Memang kena hurung unggaslah nanti. Jadi ammi peel off semua dan freezekan jelah. Penah try masukkan pisang dalam fridge dia jadi hitam lebam gitu.
Selalu ammi beli je pisang dan susu dari dari rumah pastu bawaklah ke office. Boleh tahan berat juga nak mengusung naik MRT bagai. Sudahnya ammi order jelah online. Agak mahal tapi pejam jelah mata.
Tergatal tangan juga beli pisang kaki. Order juga yogurt asli sebab ada masa ammi suka juga letak yogurt dalam shake tapi ehhhh tak ada pulak. Rupanya memang dia dah remove dari order dan dia tak caj harga plain yogurt tu.
Teracun pulak dengan entry si Fiza tentang Yogurt Farm Fresh yang ada flavour. Seeee...saya memang mudah diracuni. Setakat harini ammi masih belum cuba lagi yogurt ni. Biarlah dia bersejuk-sejuk dulu duduk dalam fridge ni.
Masih belum menimbang berat sebab masih tak rasa pun ada perubahan. Dulu-dulu berat ammi laju gak turun sebab ammi buat IF dan buat indoor cycling lepas habis kerja. Ni basikal tu pun dah tersadai luar rumah....entahlah berapa gram je yang turun agaknya.
9 Comments
Eh kita pun baru je beli/rasa yoghurt FF tu... Sat nak up dlm blog :p
ReplyDeleteMacam sedap je Yogurt Farm Fresh tu..nanti ammi dah rasa review okay
ReplyDeleteWahhhh.. betul² kurus lah dia nanti.
ReplyDeleteWahhhh.. betul² kurus lah dia nanti.
ReplyDeletepsst...sama la kita..basikal dah kempis tayar, malas nak pam...xde masa nak bawak pun....
ReplyDeletecaya la..caiyok caiyok!
ReplyDeleteEh total image ini baguus lah. Saya pernah pakai duluuuu, zaman belum menikah. Setelah nikah tak lagi hahahaha. Mahal juga kan. Tapi okelaah, bisa menahan lapar sedikit
ReplyDeleteMZ baru start few days jer clean eating ni..reduce sugar dan carbo...moga2 berhasil la..ada dlm 7 kilos ni extra kilos..baju abih jd ketat!
ReplyDeletenak kurus ni mmg kuat cabarannya... plg besar makanan laa... haihhh time diet mcm2 mknn sedap muncul sana sini
ReplyDelete