Racun itu berbisa!
Ada satu hari Sabtu tu, lepas Subuh ammi melipat kain. Kononnya malas nak masak sarapan, nanti abah balik surau nak suruh beli sarapan je.
Tapi waktu melipat tu otak macam asyiklah terbayang mee kari udang galah yang kak SA share. Teruk betul racun dia ni tau. Nyampah.
Tinggalkan kain, kita gi mandi dululah, sesiap. Nanti tak ada dah ayat "malas nak drivelah bagai". Kita dah lelawa dah ni. Jangan ngengada.
Ingatkan dekat sebab terbayang Pedas - Linggi tu dekat. Adalah dalam 27km jugak. Ahakss. Lapar terus sebab ammi sejenis yang kalau sarapan sebelum pukul 8.00 pagi dah selesai sarapan.
Nampak je banner kedai terus rasa lega sebab dah lapar sangat rasanya ni.
Mee kari biasa untuk abah.
Mee kari udang galah untuk ammi & Khilfi
Terpaling bongsu memang penggemar tegar nasi lemak. Kalau kat sekolah, sarapan pagi nasi lemak, waktu rehat nasi lemak, waktu rehat in between sekolah pagi dan sekolah KAFA pun nasi lemak. Ya Allahhhh, ammi yang dengar pun rasa muak.
Sebagai penggemar pulut, ammi capai juga 2 ketul pulut panggang. Tapi agak kering dan hangit sikit pulutnya.
Whatsapp kak SA nak tunjuk kita teracun dengan dia...alahai rupanya dia baru je selesai kat sini masa on the way ke Johor tu. Kalau tak boleh gak belanja dia suami isteri sarapan sekali.
Lain-lain hidangan yang ada tapi itu untuk lunch kot.
Total bil kami dalam RM77 kalau tak silap. Dahlah tak cukup bawa cash, pastu line Digi kat kawasan ni pun macam sendu je. Mujur QR boleh berfungsi walaupun lembab je nak sampai ke "Done" tu.
Sedap rasanya, boleh repeat. Kalau nak repeat sebelum pukul 7.30 pagi dah kena gerak kalau tak jadilah kebulur cam tak hingat dunia.
5 Comments
terliurnyaaaa
ReplyDeleteHahahaha...ruginya x berjodoh...hahahaha...masa ammi whatsaap tu akak baru 10 minit gerak dari situ...jom la kita racun pembaca2 kita plak..
ReplyDeleteWoww... pagi-pagi dah pekena mi kari, mesti sedap sangat ni!
ReplyDeleteSelalu lalu jer.... tak pernah singgah sebab penuh jer memanjang......
ReplyDeleteJalan Pedas Linggi ini memang famous dengan pelbagai masakan NS.
Ya Allah, teringinnya jugaaa 😍😍😍😍😅. Rasa2nya kalo saya ke KL lagi, saya nak sewa driver lah. Biar bisa datang mana2 tempat yg pernah ditulis temen2 bloggers 😅😅. Terkadang nak kesini tuh dah mikir jauh tak yaa dari KL. Memang better sewa kereta atau dengan driver sekali
ReplyDelete