Semalam ammi off kerja.  Bangun awal pagi kepala masih berpusing.  Berpusing since petang Selasa sebenarnya sewaktu masih di office.  Balik hari Selasa tu ammi check BP, eh ok je reading dalam 114/77 gitu.  

Entry semalam tu semua auto published entry.  Entry pertama tentang tamatnya PDPR si anak bujang ke-2 dan adalah ammi sebut tentang Khilfi tertinggal sandal.  Pastukan adalah seorang teman yang jauh di negeri Jauhar tu cakap camni....



Ehhhh dia gelak-gelakkan kita wak.  Nakal dia ni.  


Dia taktau hari Ahad malam tu juga kita dah packingkan sandal bujang tu, siap gi beli selipar jamban sekali.  Pastu hari Isnin abahnya bujang tu dah pergi courierkan.  


Hari Selasa, pakcik sekuriti dah tolong terimakan untuk anak kita.  Memula ammi ingat ini post guard sekolah Kyra (sbb dia pun ada buat "order" juga).  Pastu terus Whatsapp abah dengan soalan "awak salah hantar parcel ke?".. ehhh bab tuduh menuduh ni mmg bagi je kat ammi hahahahha.  

Abah jawab balik "post guard sekolah kakakkan cantik sikit rupanya".  Ehhh ye tak ye jugak.

See Puan SK, saya tak segigih itu nak terjah dari Seremban ke Melaka semata-mata nak hantar sandal.

Sekalikan, si Khilfi ni call petang semalam kata "ammi tau tak minggu ni pulang wajib?"  Dan ammi macam..ha??? pulang wajib?  Yang baru naik sekolah pun wajib jugak ke?  

Mujur jugalah harga courier tu lebih kurang RM6 je.  Kalau mahal terasa tak berbaloi sebab Jumaat ni nak kena gi jemput dia lagi sekali.