Bukan goyang cara ammi...ammi tak buat gaya goyang Inul guys. Ini shake untuk diminum. Ammi pun taktau betul ke tidak cara ammi buat, balance ke tidak setiap bahan yang digunakan. Buat je ikut suka.
Nak minum meal replacement tu gitu semata je ammi memang tak lalu. Ada ammi cuba masa awal-awal tu. Ammi letak 2 scoops powder tu, tambah cold water dan shake. Tapi aduhaiiii...tak sedap dan rasa very watery gitu dan yang paling penting, tak rasa kenyang pun. Tak sampai matlamatnya.
So, ammi buat jelah apa yang ammi rasa boleh buat ammi kenyang. Sebab kalau ammi skip breakfast, ambil shake the next meal adalah dinner around before 7pm. Jadi kena buat sesuaty yg memang boleh mengenyangkan.
No. 1 tu chia seed, no. 2 dried cranberries (tak perlu pun takpe..tapi kita gatal tekak wakkk), yang no. 3 tu rolled oats.
Ammi biasanya akan rendam 3 bahan di atas dulu, biar dia kembang sikit supaya mudah juga nak hancur dan mesra masa blend nanti.
Dalam blender masukkan frozen banana, ice cubes (dalam 6 ketul je) dan letak 2 scoops of meal replacement).
Tambahkan 3 bahan yang direndam tu. Tambahkan juga susu sikit (sukatan ikut suka je tapi ammi tak letak banyak).
Dan kita putar dia..biar dia bergoyang mesra di dalam tu. Lagi lama kita blend lagi smooth je texture shake tu nanti. Lagipun ice cubes tu perlulah hancur.
Tadaaa..siaplah makan tengahari saya. Masa awal-awal ammi mula minum shake ammi memang masih rasa lapar mungkin sebab perut nak biasakan diri dengan keadaan tak makan nasi. Tapi lama-lama perut pun dah faham bahawa "tengahari tak semestinya ko dapat makan".
Shake powder belakang tu (yang oren) bukan ammi punya. Itu boss punya. Itu diluar kemampuan saya, mahal nau harganya. Dia semut besar, saya semut kecil jadi minum pun ikut kemampuanlah.
Teringin juga nak guna raspberry, blueberry tapi entah bilanya nak beli sebab tiap kali tengok harga je macam, alamak mahalnya ko.
4 Comments
yg penting serasi dgn badan kita dan cara kita, gitew!
ReplyDeletealaa... i is cannot shake2 ni .. x suka rasa susu sgt.. pernag try detox,,terus gastrik..
ReplyDeleteadei la..
Akak memang x minum la segala mak nenek shake ni sebab x rajin...
ReplyDeleteLagi sedap pakai pisang kak. Ada manis2, dan murah juga. Kalo berries saya memang tak terlalu suka , takut masam sangat ðŸ¤ðŸ˜…. Saya pun biasa kayak kakak, pakai pisang, powder, ice cube, tambah oats
ReplyDelete