Hari Isnin lepas (25/11/2024) selepas berhari-hari hati rasa gundah gulana sebab sekolah Kyra tidak menggalakkan budak Form 4 balik bermalam (sebab dorang tengah exam) dan tidak juga izinkan ibu bapa untuk melawat, akhirnya pihak pengurusan dengar juga rintihan hati ibu bapa dan anak-anak. Lama juga sebenarnya parents especially para ibu yang buat permohonan dengan pengurusan sekolah termasuklah ammi. Rasa agak kurang adil bila anak tak dibenarkan balik dan tak dibenarkan juga untuk lawatan. Dah macam masuk askar pulak rasanya.
Last Kyra balik ke asrama 1/11/2024. Dan kalau tiada lawatan next kami akan berjumpa hanya pada 19/12/2024. Lama weiiii. Bukan mental mak ayah je yang koyak, mental anak yang nak periksa pun sama koyak. Asal dia call je mesti macam "lamaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaa lagi kakak nak balik". Eh kita dengar pun boleh rasa vibe itu.
Parents dapat info ni dalam telegram group dan ammi macam tak sabar-sabar nak tunggu Abah balik dari surau nak bagi tau. Dan malam tu juga Kyra call dengan suara excitednya.
Kyra: Assalamualaikum Ammi, are you aware of latest info?
Ammi: Info apa? Tak tau pun (Ammi acah-acah macam taktau apa-apa).
Kyra: Cikgu kata parents boleh visit hari Jumaat atau Sabtu. Are you coming?
Ammi: Ohhh, tak kot. Abah busy.
Kyra: ohhhhh (nada sedih gila time ni dan terus dia tukar topic lain)
Bila ammi gelak, baru dia kata "kakak dah nak nangis dah tadi". Hahhaha. Dan teruslah dia request nak macam-macam.
Ammi pulak dari hari Selasa nak sampai ke Sabtu tu rasa macam apa ntah. Macam pungguk merindukan bulan gitu. Eh betul ke peribahasa ni? Excited lain maciam.
Hari Sabtu sekitar jam 8 lebih pagi barulah ammi masak buttermilk chicken versi ammi seperti yang anak dara ucuk acam ni nak. Kitorang gerak dari Seremban hampir jam 11 juga sebab sibuk dok bekejar-kejar dengan Aswad.
Kita bawak dia masuk dalam rumah, eh laju je dia keluar balik masuk dalam kereta. Bila kita nak ambik eh dia panjat atas bumbung kereta. Ko dah kenapa Swad?
Hanya visiting bukan outing, jadi nak taknak kenalah makan berpiknik di kantin sekolah Kyra. Ammi bawak yang simple-simple je. Ayam balado tu pun balance lauk hari Jumaat, nasi pun balance Jumaat. Eh bila tinggal bertiga susah betul nak habis lauk. Masukkan semua dalam thermal box dan Alhamdulillah sampai di Segamat masih terasa hangatnya.
Masa on the way kami lalu di kawasan yang terjejas akibat banjir. In fact laluan ni ditutup hari Jumaat. Mana-mana parents dari utara dan bahagian tengah yang pergi visit hari Jumaat semua tak boleh lalu laluan ni dan dorang kena ikut jalan lain.
Laluan kami biasanya Seremban > Inas > Gemencheh > Gemas > Segamat (Laluan ni ada 2-3 tempat juga yang lumpuh hampir sehari setengah akibat banjir di Dangi, Gemencheh (di Kem Syed Sirajudin tu) kat Sungai Kelamah).
Kalau tak lalu sini kami kena lalu highway dan exit di Tangkak pastu patahlah semula. Mujur laluan dah dibuka. Tapi di kiri kanan kawasan terjejas tu masih tinggi air disebelah sana. Kalau hujan sikit lagi mungkin air tu sampailah ke jalan besar ni. Ini di Sungai Kelamah kalau tak silap.
Singgah sekejap di Tealive Gemas. Belikan air kesukaan anak dara ni. Dia sorang je yang suka air macam ni dalam rumah. Khilfi dan Alip memang tak layan langsung air camni. Ammi pun lupa air apa ammi beli...coco smoothie ke apa ntah.
Yeayyy...setelah hampir sebulan tak bertemu. Tersalah bawak pinggan pakai buang pulak ammi ni. Cenonet nau pinggannya. Ya Allah rentung betul muka anak bongsu ammi ni. Masa ni dia tengah pening kepala.
Dorm mate Kyra. Mereka hanya bertiga dalam satu dorm sebab sorang lagi terpaksa berpindah bilik sebab dia ketua rumah. Semoga tahun depan pun dapat duduk dorm yang sama sebab dorang dah ada chemistry. Yang pakai spec tu top 5 batch tu. Jadi silalah belajar bersama-sama dengan kawan tu ye kakak.
Dalam pukul 4 lebih kami gerak balik sebab nampak cuaca macam dah nak hujan. Risau gak.
Hantar dia di asrama dan dia buat muka sebek. Meja pun dia request gak guys... itu meja lipat dia masa PDPR dari zaman PKP dulu. Dia kata buruk pun takpe, kakak nak guna untuk study dalam dorm.
Macam muka nenek witch Alip kata...hahahhaha.
Next exam dia 4/12/2024...semua tu killer subjects. Kimia, Fizik, Bio, AddMath. Semoga cemerlang anak ammi. Setakat ni baru dapat result untuk satu paper. "Bukan A+ atau A solid ammi...kakak dapat A- je", katanya. Tak kisahlah nak oooii, A- pun A jugak. Ammi kalau matematik tu C pun belum tentu dapat hahaha.
Hari Sabtu tu, walaupun kami tak dapat jengah anak bujang di asrama di Melaka, syukur Alhamdulillah ada orang lain yang menyantuni anak kami. Tu nanti ammi share ye.
7 Comments
bila lama tk jmpa ...mmg rindu ank la kan..mak2 gitu la...nk plak ank reuest menu tu...suka la die...menu buttermilk ni tisya suka juga tp die request udang..smoga trus cemerlang kyra...tu la skarang ni kategori A mcm2...
ReplyDeleteDia punya rindu tu macam apa ye ammi, mujur dekat kalau dapat belajar luar negara camno lah tu ya. Betullah orang kata, anak sulong tu sebenarnya anak paling manja.
ReplyDeleteSeronok lah ammi ye dapat jumpa kakak Kyra...semoga Kyra succes dalam exam esok ye..4hb kan...semua killer subject..eh sama la kita x suka math
ReplyDeleteBila lama tak jumpa hati ibu mana tak gundah gulana?. Nampak happy sangat anak Ammi. Alhamdulilah. Baru la semangat nak study.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTerubat kerinduan
Alhamdulillah terubat rindu 😁
ReplyDeleteGood luck Kyra!
ammi saya pula yang menangis..terbayang kalau maktab tak benarkan melawat my girl,mau meracau maknya
ReplyDelete