Alip mula tak sihat since 21/11/2024. Masa ini dia cuma demam selsema je. Bawak dia ke Klinik Kesihatan di kawasan rumah dan dapatlah MC 2 hari. MC pun macam orang sihat je. Walaupun ngadu sakit kepala sebab hidung tersumbat tapi basikal tetap berkayuh diwaktu petang.
30/11/2024 - kami ke Segamat melawat kakak. Dan masa ni dia start complain pening. Hingus dia memang banyaklah dalam hidung sampai boleh terkelepet gitu hidungnya bila tarik nafas.
Boleh senyum-senyum lagi sebab iyelah...kakak kesayangan ada disebelah.
On the way balik dari Segamat tu dia mual dan memang tak tengok fon langsung. Pelik ammi bila dia bagi fon dia kat ammi. "Alip nak tidur katanya". Balik malam tu dia muntah.
Ahad gi gunting rambut pun tak ceria. Selalu dialah paling happy kalau dapat gi kedai gunting rambut. Kerja dia baringggg je depan TV.
Isnin 2/12/2024 - pergi sekolah sebab ada exam, tapi rupanya dia muntah 3 kali di sekolah. Dia tak call pun bagi tau. Malam tu juga ammi bawa dia ke klinik di rumah. Doctor bagi 2 hari lagi MC. So, tak dapatlah dia jawab exam. Memang makan muntah, minum muntah jelah kerja dia. Tapi ammi bagi je ubat yang doctor bekalkan tu. Doctor pun ada bagi referral letter, suruh rujuk ke KK untuk buat ujian darah kalau masih pening dan muntah masih berterusan.
Hari Rabu 4/12/2024 - dia macam dah ok kat rumah. Adalah cubaan mengayuh basikal. Boleh main kejar-kejar dengan adik-adik bulu dia.
Khamis dan Jumaat dia kesekolah macam biasa tapi nampak letih. Ambil exam dan cikgu bagi dia ambil paper yang dia tak ambil lagi. Nasib budak sekolah rendah. Sehari jawab 4 paper terus. Cikgu punnnnn....
Jumaat 6/12/2024 - balik sekolah dia nampak flat. Ammi ni suspect mungkin sebab rabun mata dia so Jumaat tu pergilah buat spec mata dia (spec mata ke-2 hilang ke mana ntah). Mujur kedai masih terima laporan dari HKL tahun 2022. Dorang buat juga test dan tak jauh beza dengan bacaan terkini. Rabun mata pun boleh sebabkan kita pening dan mual tau korang.
Sabtu 7/12/2024 - kami naik KL. Ada majlis kahwin anak pada sepupu abah, nak ziarah kakak ipar yang baru operation, nak ziarah adik ipar di hospital yang tiba-tiba diserang darah tinggi yang super tinggi padahal sebelum ni tak ada rekod darah tinggi langsung.
Memang kelihatan tak sihat anak ini. Rasa kejam pulak angkut dia keluar. Selalu hari Jumaat je dia akan ngendeng nak telefon. Tapi ni langsung dia tak mintak sebab kepala dia pening. Pagi adalah muntah 2 kali (ammi bagi pil chi kit tek aun) pastu dia tak muntah langsung sampai ke malam. Cuma pening je.
Hari Ahad - 8/12/2024. Dari sarapan sampai ke pukul 12, 4 kali dia muntah. Okkkkk...ini tak boleh jadi marilah kita ke hospital terus. Bawak pergi referral letter yang klinik bagi haritu. Dalam hati macam "matilah makkkk kena marah dengan doctor nanti sebab lambat bawak".
Ammi bawa ke KPJ je terus. Sebab dalam otak macam ehhh kalau perlu "parking" dia kat ward silalah park. Macam lama nau dia pening muntah ni.
Sampai hospital, dekat triage department tu semua nampak ok. Bacaan oxygen, BP, tidak dehydrate tapi berat dia daripada 25kg terus je drop jadi 23kg. Ringan betholll budak ni.
Doctor pun pening kenapa dia pening dan mual. Dah buat ujian darah semua nampak ada jangkitan kuman sikit kat perut. Tak ada apa yang serius. Doctor di emergency bagi juga referral letter kalau-kalau lepas makan ubat dia masih muntah, boleh terus refer pada paeds. Dalam referral letter tu ammi tengok dia diagnose him for having "Abdominal Colic".
Dibekalkan dengan probiotics, ubat tahan muntah, ubat angin, dan air garam (ORS) dan diberi juga ubat masuk ikut punggung serta MC untuk hari Isnin.
Dia dah sibuk "Alip ada exam Matematik belum buat lagi". Dan jawapan ammi "tak apa...dah sihat nanti boleh ambil".
Semoga dah ada cermin mata, dah makan ubat semua ni anak ammi ni semakin sihat. Apalah agaknya ammi nak bagi dia makan biar tak nampak sangat kerangka kat badan dia ni. Buka baju dah rupa gitar dah.
Ini cermin mata ke-3 dia since 2022. Silalah jaga ye anak oiiiiii. Kat Seremban ni tak jumpa pulak ammi kedai yang jual frame harga RM50 mcm kat KL dulu.
Last dia usik basikal hari Rabu.... basikal tersadai lama dah ni. Semoga cepat sihat ucuk acam ammi.
12 Comments
shafakallah dear alip. memang sgt risau bila anak tak sihat. dan sekrg memang musim exam. both my boys ada exam, start semlm, dan berlangsung sampai hujung minggu dpn ie ngam2 abih bila cuti sek tulah
ReplyDeleteKesiannya Ozil...semoga Ozil cepat-cepat sihat ye..
ReplyDeleteKesiannya Khalif. Semoga Khalif cepat sembuh dan tiada yg memudaratkan, insyaAllah, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya. Sehari jawab 4 exam?. Pening nak menjawab semua tu Ammi....
ReplyDeleteAllahu hero aunty ni x sihat lama sangat ni...makan ubat ye..pastikan dia makan nasi dan lauk2 macam sup2 Ammi...risau pulak makin halus tu ha...
ReplyDeleteaduh ammi kurusnya si alip tu..... kalau dengan Aiyan beza berganda-ganda. Kesian no tgk bila dia tak sihat tu, melepet je. Moga terus sihat walafiat ye Alip. Biar boleh main basikal lagi
ReplyDeletesemoga Alip cepat sihat dan ceria seperti sedia kala ya..Amin
ReplyDeleteMoga Alip cepat sembuh ya.
ReplyDeleteSemoga Alip cepat sihat
ReplyDeleteSakit is sakit, main tetap main. hihi..Alip kuat, semoga cepat sembuh. Aamiin...
ReplyDeleteEh, 30 Nov ke Segamat. Saya tak jadi balik masa tu sebab Gemas naik air dan kawasan kampung pun banjir.
Saya ada perasan kedai spek Yelo Factory Eyewear di Seremban Prima. Pernah nampak kat ig macam murah-murah juga speknya.
Sakit is sakit, main tetap main. hihi..Alip kuat, semoga cepat sembuh. Aamiin...
ReplyDeleteEh, 30 Nov ke Segamat. Saya tak jadi balik masa tu sebab Gemas naik air dan kawasan kampung pun banjir.
Saya ada perasan kedai spek Yelo Factory Eyewear di Seremban Prima. Pernah nampak kat ig macam murah-murah juga speknya.
Kasian nya Alip, pasti tak nyaman perut Krn asik muntah. Harap2 saat ini sudah much better ya kak. 🤗
ReplyDelete