Amalan-Amalan Bulan Rejab

Esok bermulalah bulan Rejab.  Bulan yang penuh keberkatan sebelum bermulanya Syaaban dan Ramadhan.

Banyak amalan yang boleh diamalkan dibulan Rejab dan kita mulai dengan doa pada petang ini.  


Memperbanyak doa:

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana.


Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan.


Habib Umar bin Hafidz memberi amalan untuk mendapatkan keutamaan bulan Rejab.


💚 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar)

💚 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak 

💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T

💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat

💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah

💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab

💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan megagihkan dagingnya

💚 Bulan Rejab bulan Istighfar dan di sini kita menanam benih, pada bulan Sya'ban kita akan membaja, dan bulan Ramadhan kita menuai hasilnya.





Perkongsian dari @ptsunnatulmusthofa dan Kumpulan Al-Insyirah

Post a Comment

6 Comments

  1. Terima kasih, Ammi, share jadual puasa sunat bulan rejab.
    Selamat menyambut tahun baru 2025, dan selamat beramal di bulan rejab.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi, kita baru nak meng'google'.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..peringatan bersama

    ReplyDelete
  4. Salam tahun baru ammi n family

    ReplyDelete