Ada yang bertanya berapa budget ammi untuk beli barang-barang berkhemah. Hmmmm bajet ni ikut pada brand apa yang kita beli juga. Ada duit bolehlah beli yang BlackDog, Coody bagai. Tapi ammi bajet takat cukup-cukup makan jadi kita beli ikut bajet kita dan keperluan. Top up pun sikit-sikit supaya tak rasa terbeban.
Macam ammi kebanyakan peralatan khemah ammi (hampir 90%) ammi beli daripada TikTok shop ataupun Shopee. Bergantung pada platform mana yang beri voucher yang banyak. Kalau beli di kedai payah nau nak dapat diskaun. Contohnya ada barang dikedai dijual pada harga RM90 tapi ammi beli online termasuk shipping pada harga RM78. Jadi pandai-pandailah mencari.
Khemah
Benda paling mahal untuk berkhemah dah tentulah khemahnya. Ammi pilih untuk beli khemah yang tidak ada jenama tapi kualitinya hampir sama dengan jenama yang dah agak well known.
Ammi beli khemah automatik jenama Arno daripada Shopee. Ammi dapat beli pada harga RM970.00. Khemah ni sebijik serupa (copy ori) dengan satu brand yang terkenal dan kalau brand itu harganya dekat RM1,700.00 juga.
Kenapa pilih khemah auto? Sebab ammi dan abah tak reti sangat pun nak pasang sendiri khemah yang kena cucuk batang sana sini. Daripada kami bergaduh masa pasang khemah ada baiknya beli yang mudahkan kami masa pasang dan buka.
Ground Sheet
Dah ada khemah perlu ada Ground Sheet. Apa itu ground sheet?
Ground Sheet ni adalah plastik tahan lasak yang kita letak dibawah khemah. Macam gambar di atas, tu plastik warna grey yang jadi alas tu. Groundsheet bukanlah satu keperluan wajib tapi demi untuk menjaga khemah kita yang harganya boleh tahan mahal tu, sebabnya khemah kita didirikan diatas tapak yang biasanya adalah batu ataupun tanah yang lembab. Jadi dengan adanya ground sheet bolehlah bantu untuk selamatkan tapak khemah kita tu. Juga boleh lindungi tapak khemah kita waktu hujan.
Harga untuk size 3' x 4.5' adalah RM65 dan harga bagi size 4'x6' adalah RM95.00.
Ammi beli online je ground sheet ni sebab ikut kepandaian kitalah claim macam-macam voucher. Kenapa ammi beli 2? Sebab yang pertama tu terbeli kecil sangat dan ngam-ngam dengan size khemah. Jadi ammi adalah extra ground sheet buat jadi alas di tempat yang letak meja tu (kita panggil common area).
Tilam Angin & Foldable Bed
Ini bukanlah satu keperluan untuk camping. Tapi disebabkan ammi nak keselesaan jadi ammi pujuk abah untuk beli.
Tilam angin ammi beli di Shopee pada harga RM140 dan dapat dengan 2 biji bantal angin yang kecil dan foldable bed (katil askar) tu dalam RM95 setiap satu. Ammi beli 2 foldable bed jadi kesemua kami berlima tidaklah perlu tidur di atas lantai.
Lagi satu ammi risau masa tidur kot ada ulat ke, lipan ke masuk khemah.
Kermit Table
Ini bukan keperluan wajib. Tapi kita gedik nak membeli sebab terfikir kalau tak ada meja kena makan bersila kat bawah. Kaki kita senang kebas. At least ada meja ni bolehlah letak makanan yang sudah dimasak juga. Harga satu set meja ni termasuk 4 biji kerusi adalah RM250.00.
2 biji healing chair dibelakang tu dah lama ammi beli...beli pada harga RM39 tak silap untuk 2 biji.
Foldable Shelf
Sekali lagi ini pun bukan satu keperluan wajib untuk berkhemah. Tapi lebih kepada memudahkan kita untuk menyimpan barang yang dibawa. Kita pun kena pandai-pandailah susun supaya muat segala benda nak diletakkan dirak yang kecik ni.
Rak kayu ni ammi beli pada harga RM55 dan iron mesh disebelahnya dalam RM35 untuk 2 tingkat.
Iron Mesh Kitchen Cabinet
Ini pun tiada keperluan tapi ammi beli untuk mudahkan ammi letak dapur untuk memasak. Ammi beli pada harga RM88 dan penghalang angin tu dalam RM20++ je. Masa 1st camping ammi tak ada 2 perkara ni dan masa masak mmg kena bersilat dengan angin.
Paku (Peg)
Banyak lagi keperluan asas camping sebenarnya. Yang ini penting untuk pastikan khemah korang tak terbang dibawa angin. Contohnya macam paku panjang atau dipanggil pancang. Khemah waktu dibeli memang biasanya didatangkan dengan paku tapi sizenya pendek. Jenis macam ko tiup pun khemah ko boleh terbang gitu. Jadi itu kita beli berasingan. Tak mahal pun, ammi beli 10 paku extra pada harga RM30 je. Panjang paku tu dalam 30cm gitu. Dan ko ketuklah dia sampai ke tanah tu dan ikatlah pada tali khemah.
Tali / Tukul / Lampu / Kipas Angin / Pole
Ini peralatan tambahan yang pada ammi perlu jugalah dibeli. Sebab kalau tak ada hammer ni jenuh juga ko nak pacak paku yang panjangnya 30cm ke tanah. Nak ketuk pakai apa kan? Unless rumah korang memang ada hammer, ok je untuk guna. Hammer RM16.00
Tali tu untuk ikat wings khemah korang supaya tak kena tempias hujan. Tali RM9.00
Lampu tu ammi pun cuma ada lampu basic je. Ammi ada seketul lampu yang nyalaannya pun suam-suam kuku je asal nampak ada orang berjalan sudah. Lagipun kita bercamping bukan nak gi concert pun. Lampu tu ammi beli pada harga RM28.00. Ammi beli juga bag khas untuk tools ni pada harga RM30 kalau tak silap. Kalau tidak karang ntah mana-mana perginya segala paku, lampu ni bagai karang kalau tak disimpan dalam tempat yang khas.
Kalau korang jenis ok je berpeluh tak perlulah berkipas bagai. Tapi ammi nak juga rasa nyaman tu sebab bukan sepanjang masa angin bertiup. Jadi ammi belilah sebijik kipas guna elektrik pada harga RM68.00.
Pole adalah batang panjang untuk tambah awning khemah. Macam masa ammi berkhemah ni tapak disediakan dengan flysheet (bumbung) jadi ammi tak perlu pasang pole extra. Ada tapak yang tiada flysheet jadi memang kena pasang awning kalau tak tempat makan korang tu panas nanti. Pole ni ammi beli pada harga RM68 untuk 4 batang (eh ye ke... ye kot)
Macam peralatan memasak yang lain ammi tak ada peralatan khas untuk berkhemah. Ammi guna je periuk apa yang ammi guna di rumah. Sebab itu lokasi adalah antara ciri yang ammi titik beratkan tiap kali nak berkhemah. Ammi akan pastikan tempat tu ada plug point sebab ammi tak ada kettle masak atas dapur, ammi tak reti masak nasi atas dapur (ammi guna rice cooker), ammi tak ada kipas yang boleh charge tu.
Inilah yang ammi rasa keperluan yang akan buatkan ko selesa berkhemah. Mana yang ada duit extra bolehlah beli macam-macam. Tapi ini pun dah selesa dah buat ammi sekeluarga.
Kadang-kadang di tapak perkhemahan kita akan tengok ada khemah yang datang siap dengan portable aircond sekali. Semua peralatan canggih-canggih dan mahal-mahal belaka. Wahhhhh terasa picisan betul khemah kita disebelah tapi tak apa, kita hidup dengan apa yang kita mampu. Kita bahagia cara kita gitu.
Ada yang nak join kami berkhemah?
9 Comments
Kagum sy. Tapi betul, beli sikit² ikut kemampuan, lama² lengkaplah. Semoga nanti Ammi dapat tambah lagi macam² kemudahan di khemah Ammi.
ReplyDeletewaaa byknya brg2 utk camping! yg penting happy kan :)
ReplyDeletebest betul kalau ada semua yang complete...setuju kena beli skit2...kalau sekali harung payah la kan...lagi satu kena belajar ilmu2 camping ni betul2..kalau minat x leh hangat2 taik ayam je kan?
ReplyDeleteOkay.. ni bukan jiwa Mama yan nampaknya... dah terbayang dah betapa renyah nak mengemas, nak pasang, nak unpack, nak simpan, nak itu ini...huhuhu... mama is the most tak rajin
ReplyDeletebesar modalnya butkalau dah minat, jadi aje
ReplyDeleteand benda2 yg bukan keperluan tu..penting tu jugak utk keselesaan.... kalau gi camping, tapi x selesa..nanti jadi serik plak nak gi lagi kan...best best!!!
Kagum tengok geng-geng yang suka berkhemah ni... cantik elok dan selesa je. Tapi kalau dana rasanya memang bukan jenis orang yang suka aktiviti tu kak heheheheh sejenis bermalasan je kan.
ReplyDeleteya Allah, selesanya khemah ni...
ReplyDeleteowh...belum masa nya lagi nak berkhemah, sebab nanti nak kena kemas, loading barang semua...aaaa.....belum rajen...
ReplyDeletePernah merasa berkhemah dengan ahli keluarga. Ha ah, ada barang kecil-kecil kadang kita rasa tak perlu, tapi bila duduk khemah sendiri, baru kita tahu keperluannya. Masa saya pergi khemah dulu, tapak takde plug point, masak semua sendiri, on the spot. Enjoy, kan, berkhemah ni, walau penat, tapi seronok.
ReplyDelete