Bila terlalu banyak yang sama

Dak Kyra ni kalau dia yang pegang phone ammi dan ambil gambar memang tak reti ambil gambar sekeping dua.  Confirm berbelas-belas gambar yang sama ada dalam phone.  Storage iCloud ammi cuma 50GB je ye.  Dan storage gambar kat Google Photos cuma 15GB je.  

Jadi sebelum kita buang gambar yang berlapis-lapis ni kita buatlah collage.  Appreciatelah kesungguhan dia bergambar dan memenuhkan telefon ammi dia ni.


Nampak betul anak daranya.  Gi camping pun barang penjagaan muka tak tinggal.  Minyak wangi pun dia bawak juga.  Tapi eloklah kan anak perempuan pandai jaga badan...takdelah kepam je bau nanti.


Baju yang Kyra pakai ni sebenarnya uniform KAA dia masa disekolah lama.  Tapi suka betul dia pakai baju ni dan infact baju ni dia bawak juga ke asrama sebab senang katanya.  Takyah heboh nak tulis nama.  Sapa nak curi baju yang ada name tag sekolah.  



Yang seketul ni pulak sebenarnya nak bersenggayut kat kayu ni..tapi berani tak berani je.  Dia ni cukup takut nak buat aktiviti yang melibatkan kaki sebab dia ada masalah sikit dengan jari kaki dia sampai ammi pernah bawak berjumpa dengan pakar.  Kemalangan kecil masa tadika sampai ke harini kesannya.



Ammi perasan ammi ni sebenarnya tak banyak bergambar dengan abah.  Macam bergaduh laki bini pulak kekdahnya ye.  

Post a Comment

12 Comments

  1. gmbr ank2 biasa byk dlm hp mak...gmbr suami jrg2 sgt ye haha

    ReplyDelete
  2. Lepas ni amik gambar banyak2 ngan abah..eh mana gambar Alip si hensem aunty SA tu? xde pun...ini tidak adil!!!hahahaha

    ReplyDelete
  3. Jenuh nak milih bila gambar sama je. Nak delete alih2 terdelete semua sekali.

    ReplyDelete
  4. leh la geng ngan Iris kannn....amik gambar sama, pose beza skt2 je..

    ReplyDelete
  5. Simpan buat kenangan Ammi.. masa diorang nak berselfie dan bergambar ni biarkan je lah. Akan ada masa taknak pun ambil gambar.
    Lepas ni kena ambil gambar banyak-banyak dengan abah pulak.

    ReplyDelete
  6. Kyra takpe juga dah 16 thn, si Kakak ni baru 11 thn pun dah pandai nak wangi² hihi... Tapi girls eloklah pandai jaga penampilan dr awal...
    Sama je dgn phone PH, dapat je dekat si Kakak, selfie je la kerjanya :D

    ReplyDelete
  7. comel sangat ayu berlesung pipit anak gadis ammi :)

    ReplyDelete
  8. Rajin ammi buat kolaj, budak2 ni mmg x boleh dpt hp kita habis disabotajnya dgn spam gambar byk2 😂

    ReplyDelete
  9. Sama tu biasa...
    Boleh bayangkan selfie dalam fon uncle tak? Hahahaha

    ReplyDelete